kalau kebanyakan orang lebih berminat menyambut tahun baru dengan menghadiri party² atau konsert, saya pula lebih selesa habiskan masa bersama keluarga. hari ini saya telah ke air terjun ulu yam untuk mandi-manda di sana.
opss silap..saya tak bawa baju untuk mandi, jadi saya cuma menjadi jurukamera saja. baru je beberapa minggu lepas saya melepaskan gian bermain air, kali ini tak terfikir pun oleh saya untuk turut serta bermandi-manda. cukuplah merendamkan kaki dan menikmati suasana air terjun yang nyaman.
sejak kecil saya memang sukakan air terjun. saya kurang gemarkan pantai kerana airnya masin. kalau sekadar berjalan² di gigi pantai, ok la. namun nak bermandi-manda di situ, saya kurang minat. sebab..sekiranya air yang masin itu masuk ke mulut, ergggh saya kurang selesa. kerana itulah saya lebih sukakan air terjun walaupun ia bising. satu lagi fakta, suasana air terjun tidak menyebabkan anda hitam, sebaliknya kulit anda menjadi cerah apabila lama berendam..betul kan? heeee
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!