Oh, saya dapat SURAT CINTA (O-O)!

Hari ni terkejut betol, pepagi dah dapat surat cinta. Tapi rupanya semalam lagi pengirim dah hantar, tapi baru hari ni ada. Ujung minggu baru ni, busy btol. Nanti saya ceritakan dalam entry akan datang, okay. Berbalik pada surat cinta tu, pengirimnya En.Matt. Saya terkejut btol dapat surat cinta dari dia..hehe. Meh tengok En.Matt bagi ape. Takpe-takpe jangan risau, ini bukan lagi rahsia antara kita.


Dear CikRean,


1. apa yang bermain di fikiran sekarang?
Boleh tak nak kaya tanpa buat business..hurmm

2. apakah nama samaran you all?
CikRean la.. Thumbs Up

3. berikan 3 org yg you all syg?
3 orang je? Mana cukup 3 orang. Ramai la.. Mak abah je dah dua orang. Si dia lagi..abes tu yang len xyah sayang? Tongue Out

4. panggilan untuk si dia?
En.Sayang..huhu

5. hadiah yg u all impikan drpd seseorg yg istimewa?
Buat masa ni, saya nak cincin kawen je..huhu. Lepas-lepas hadiahkan pape pun tak kesah, cuma berharap dia tak kedekut aje.

6. blog mane yg you all suke visit
Blog-blog yang best, blog kkwn la terutamanya. Sebab saya boleh tau perkembangan hidup dorang selain berkongsi pengalaman menerusi catatan dorang.
7. tag kan kpd 15 followers korg
Hah, 15? 10 follower pon blm ade lagi. Tapi xpe, tag je kat sesape yg membaca. Special tag for:-

Psycho

Dah 6 bulan saya pindah ke sini. Saya suka rumah ini walaupun beberapa kali gaduh dengan tuan rumah sebab masalah domestic. Saya suka rumah ni sebab ia tak besar. Saya boleh tinggal bersama dua orang housemates, tak perlu ramai-ramai. Condition rumah pun okay, cuma hari tu ada masalah dengan lampu aje. Tuan rumah okay sebenarnya, cuma tu la kadang-kadang ternaik hangin sikit. Biarlah, small matter. Salah faham aje.

Tapi sepanjang 6 bulan saya tinggal di sini, dah 2 kali kejadian yang gross jadi di sini. Flasher muncul! Don't know why they are called flasher. Psycho la dorang ni. Yang lebih gross, rumah sebelah yang jadi sasaran. Budak-budak tu pun 1 hal gak, memang pengundang flasher dan sewaktu dengannya. Kadang-kadang dengan selamba dedahkan pintu rumah sambil berseksi.

Lebih kurang dua bulan selepas saya duduk kat rumah ni, seorang lelaki yang kami anggarkan umurnya lewat belasan tahun atau awal dua puluhan muncul di depan rumah kami. Masa tu housemate saya keseorangan di rumah meninjau kereta yang dipakir kat luar. Elok-elok je tinjau, ternampak lelaki tu. Pelik la housemate saya sebab lelaki tu berseorangan dan berdiri di tempat gelap. Diperhatikan lelaki tu, rupa-rupanya dia tengah dok syok. Mula-mula terkejut gak housemate saya ni, tapi lama-lama geram pulak. Dia keluar sambil konon-konon nak call polis, barulah lelaki tu blah.

Dua malam lepas pulak, housemate saya yang sama perasan seorang lelaki dok berdiri di sebalik semak tepi rumah saya (haish dia memang ade rezki kot..haha). Si housemate saya ni tanpa takut g tenung je lelaki tu dengan harapan lelaki tu blah. Tapi selamba je tak bergerak dari situ, so housemate saya pon masuk ke rumah. Dia panggil saya dan beritahu ada lelaki mengendap-ngendap rumah sebelah. Kami tutup lampu ruang tamu, kami pulak mengendap dia kat luar (hehe). Mula-mula tak nampak jugak, tapi bila dia berani jalan depan rumah, barulah nampak susuk badan.

Flasher tu jalan depan rumah saya dan lajak sikit ke rumah sebelah. Lepas tu patah balik dan menyorok tepi kereta saya yang dipakir di luar pagar. Mula-mula tu saya ingat dia nak curi kereta saya ke. Saya pun masuk bilik amek kunci kereta untuk bunyikan alarm. Rupanya masa saya masuk bilik, dia dah tertunduk-tunduk beredar. Saya yang tak tau dia dah blah, g bunyikan alarm. So no point la, kononnya nak bagi dia terperanjat dan blah.

Lepas dia blah tu, saya dan housemate ketuk pintu rumah sebelah untuk beri amaran berjaga-jaga. Tapi yang ada kat rumah tu bukan penghuni asal rumah tapi kawan kepada budak-budak tu. Xpelah, nanti budak-budak tu balik, saya beritahulah. Sedang saya berborak-borak dengan housemates saya, kitorg terdengar budak-budak tu balik. Kami pon keluar menegur dorang.

"Adik tau tak orang tu ade balik? Tau kan akak cakap yang mna?"

"Haa, ni la nak habaq kat akak. Singlet kami dah 4 helai hilang. Bukan singlet je sebenarnya. Yang warna hitam ja, warna lain dia tak amek"

Hahaha, hadoi budak-budak ni. Memang selamba dan tak matang! Huhuhu.. Budak-budak tu beritahu dah seminggu dah 'anak-anak' dorang hilang. So maknanya dah lebih seminggu la mamat flasher tu wujud semula. Saya risau jugak walaupun bukan rumah saya jadi sasaran. Risau kot lama-lama bukan setakat curi 'anak-anak', buat giler kang masuk rumah pulak. Seriau!

I found this (see below), and it is so..urghhh, freaking psycho!

my cousin who's quite chio likes to wear pink & flesh coloured bras. i particularly liked the looks of her pink bras as they have lacey patterns running on the outside...


after her shower, she would sometimes leave her bra behind for washing. that's when i take the opportunity to use the bathroom to masturbate while sniffing her bra. she didn't use to wear perfume so it was her natural body smell. we couldn't afford much entertainment so that was one of my outlets.


she would sometimes complain to my mom about her missing bras. out of respect for her, i would replace the bra after a few days but not before taking every chance to sniff it & imagine i'm shagging her...

Urghh..PERVERT!


Sekitar.Walk.For.Fun


Amy, Liza, Ayu, Shafaq, Kak Asmah, CT

Shahrol, Kak Min, Hariz, Mazrul
Saya di belakang Mazrul


Purposely tak pakai baju program, rasa macam poster bergerak

Ibu mengandung pon joined. Semangat!



Upon arrival

Klu fokus ke air tu, tentu cantek



I like!

We.Are.Sorry.People

Petang tadi kilang anjurkan program jalan kaki sekitar hi-tech park. Ini sempena bulan kesihatan yang dah berlangsung selama dua bulan kebelakangan ni.
Route sejauh 5.5km 'terpaksa' kitorang lalui. Program bermula kira-kira pukul 5.30 ptg, after office hour la. Kalau ada program macam ni mestilah ada polis yang beri bantuan. Kitorg seronok la, tapi yang merana ialah komuniti hi-tech park ni. Time dorang rushing balik kerja, polis-polis tahan untuk bagi laluan pada kitorang plak. Kesian korang..kitorang mintak maap la ye. Len kali kalau kilang korang wat program, kitorang plak kena. Ala..hidup berjiran, sesekali terpaksa susahkan satu sama lain. Kehkehkeh..maap.



Tetiba.Rasa.Janggal

Rasa janggal tak pakai cincin!
Hahaha..poyo!

Seminggu dua ni mula berjinak-jinak pakai cincin. Cincin silver lama yang dah tak muat di jari manis, so saya sarung di jari kelingking. Comel jugak walau di jari kelingking. Hari ni pada waktu ada program jalan kaki di kilang. Sengaja saya tak pakai cincin ke office. Tapi sekarang rasa janggal plak..hikhik

A.Proposal

Selepas berdiam beberapa lama tanpa memikirkan hal kawen-kawen ni (actly merajuk Sickened huhu), tetiba siang tadi nth macam mna hal ni cross in my mind. Mna tak nyer, nnt balik KL mesti abah tnya lagi.


Haish, kekadang sakit jiwa pikirkan dua orang lelaki yang disayang tu. Yang sorang tu, abah. Sorang lagi, mamat tu. Yang abah sibuk tnya status hubungan kitorg. Bila nak tunang, bila nak kawen.. Mamat tu pulak selalu suruh rileks. 'Jangan pikir..' ayat faveret dia. Tertekan tau tak! Saya tersepit di tengah-tengah.


Today, I was come out with a proposal for him. Aku pulak yang buat proposal. Rasa jatuh gak air muka lepas hantar SMS td. I propose tarikh untuk tunang dan kawen. Kalau korang, ape perasaan korang if u put yourself in my shoes? At least mestilah ada plan kan? Pls la, give a date. Arghhhhh, tension!  Perturbed 

Rebut Harta, Rebut Anak

Sape yang rebut harta ni? Sape plak yang rebut anak? Atau ade yang rebut dua-dua ke? Hehehe..entry kali ni bukan kisah peribadi sesiapa, mungkin ia lebih umum. Actually tu tajuk dialog yang saya hadir semalam. Program yang bermula seawal pukul 9 pagi di USM, Penang.

Dialog berkisar tentang nafkah yang terletak dibahu seorang lelaki yang bernama ayah dan suami, penjaga yang berlayak mendapat hak penjagaan anak, dan juga tuntutan harta sepencarian. Banyak juga info yang saya dapat, walaupun banyak juga kemusykilan yang saya kurang faham.

Antara ilmu yang saya dapat, bilakah tuntutan harta sepencarian/nafkah boleh dibuat. Ada 3 situasi untuk seseorang terutamanya isteri membuat tuntutan.
  1. Apabila berlaku penceraian
  2. Apabila suami meninggal dunia (bercerai mati)
  3. Apabila berlaku poligami

Situasi no.1 tu memang jelas. Apabila berlaku penceraian, masing-masing (suami-isteri) boleh mengemukakan tuntutan harta sepencarian di mahkamah. Tapi sekirannya masing-masing berpakat, tak perlulah buka kes. Sama juga halnya dengan tuntutan nafkah oleh bekas isteri terhadap bekas suami, terutamanya apabila bekas isteri memegang hak penjagaan anak. Bekas suami WAJIB bagi nafkah anak-anak sehingga anak itu boleh berdikari, manakala anak perempuan sehingga anak itu berkahwin atau mampu berdikari. (Hukum ni buat saya terfikir, bolehlah mintak abah bayarkan separuh duit kereta saya selagi saya belum kawin ni..hahaha).

Situasi no.2 tu adalah tuntutan si balu terhadap harta sepencariannya bersama arwah suaminya. Ini terjadi biasanya kalau keluarga arwah suaminya turut menuntut harta arwah.

Situasi no.3 tu sangat menarik bagi saya. Mahkamah Syariah Malaysia dan Undang-undang Syariah Malaysia jelas membela nasib isteri (dan isteri-isteri). Apabila poligami berlaku, si isteri boleh menuntut nafkah dan harta sepencarian walaupun tidak bercerai. Selain menjamin hak isteri, kehidupan akan datang juga terbela. Itu pun kalau si suami (yang miang tu) mampu berpoligami. Kalau dah 1 keluarga pun dah tak terbela, lu pikir sendiri la bang klu nak tambah satu keluarga lagi. Lu mampu ke tidak? Setakat mampu batin je baik tak payah!

Kegagalan suami memberi nafkah sama ada selepas bercerai atau selepas berpoligami, memungkinkan suami dipenjarakan. Lu tak takut ke bang? Dalam penjara lu tak dapat itu batin, baik lu jaga 1 bini dan 1 keluarga je bang, daripada kena penjara..hahaha.

Hak penjagaan anak adalah hak bekas isteri. Namun demikian, ada beberapa syarat lain untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Seorang itu mesti berakhlak baik, tinggal bersama anak-anak, dan mampu. Walaupun si ibu mampu, tanggungjawab si ayah memberi nafkah tetap WAJIB.

they.miss.me.hehe

i just called my home sweet home to talk with my mom. unfortunately, she wasn't at home. she out for kenduri and berzanji (which old timer usually do =p). i talked with my lil brother; Alim. Asking whether he already had a dinner, how's school, have he already did his homework, and some more topic. it was so funny when he didn't know for whom he talking with. but it didn't take so long when suddenly i laugh..hehehe. "ni mesti kakak noren', he said with his eight year old voice...hahaha i laugh out load. one thing that make me still smiling even during writing this entry, when he said "ingat abang iman sorang je ke rindu, adik pon rindu jugak". he come out with the statement when i told him that his brother called me yesterday as he miss me. hehehe..so sweet of them..

our lil' Alim Lips 2

Bday Celebration + Promotion Treat @ PMC...again?

we just arrived, and still waiting for others to come
amy cerita ape tu? bersungguh nampaknye..


click..click..click!


smiled but inside there 'so hungry..huhu. where are the foods?'


regular organizer; Ayu


3 boys over flowers (-Fahmi)


There was 11 of us actually, including the photographer; Fahmi.
Fahmi yang low profile..huhu.
Chop! Photo Fahmi ade dlm entry ni, check out the first photo.
Haa dialah yang berdiri tu.


From left: Amy, me, Kak Min, Liza, Zura, Shafaq and Ayu
I loike the photo even it's lil bit blurrrr..
Every one was so happy..see!

Kurus? Hampir Tertipu?

Ye, saya ade dua cerita di sini. Pertama ialah kurus. Kedua ialah hampir tertipu.

Kurus
Kebelakangan ni ramai yang kata saya kurus sedikit dari dulu. Iye ke? Saya rasa semakin kembang ade la..huhu. Kak Tina, clerk kat bahagian manufacturing dah dua tiga kali kata saya kurus. Tapi akhirnya kami sama-sama buat kesimpulan bahwasanya bila pakai baju kurung, tak nampak la bonjol-bonjol lemak di badan. Then you look thinner than usual..hoho macam betul je.

Hampir Tertipu
'Saya budak baru belajar'. Itu je yang tepat untuk saya katakan. Atas kenaifan saya, saya hampir terkena tadi. Actually saya masih tak tau sama ada saya hampir tertipu atau ia adalah tawaran yang benar. Tapi atas sebab keselamatan, saya called customer service untuk block semua transaction dan mohon card yang baru. Ye, credit card. Setelah hidup hampir 26 tahun ni, inilah kali pertama saya guna credit card. Hoho jangan ingat orang yang pakai credit card ni kaya. Sebab tak kaya la guna credit card/ kad hutang!

Petang tadi saya dapat call dari satu syarikat yang didakwa berdaftar bawah Kementerian Pelancongan dan Matta Fair. Kononnya dorg nak bagi saya plan 'discount card' yang boleh digunakan seumur hidup dengan bayaran RM498 akan dibayar dengan credit card sekali seumur hidup. Kalau kita admitted kat hospital KPJ, kita akan dapat discount sehingga 40%. Even kalau nak shopping kat NoorArfa Batik pun dapat discount sehingga 50%. Saya yang memang pada awalnya ragu-ragu dengan plan ni akhirnya bersetuju dengan Cik Latifah. Cara dia explain memang meyakinkan dan menarik la. Pulak tu dia kata dorang akan send SMS butir-butir pasal company dan they even said they will send Cik Latifah's IC number for security reason.

Keraguan saya kembali bila dia escalate talian ke bahagian registration. One guy asked for my credit card number. Start dari situ saya dah gelisah dah, tapi tak tahu nak refuse. Then bila dia tanya pulak tujuh angka terakhir di belakang kad, keraguan saya bercambah. Selepas beberapa minit talian diputuskan, saya jadi tak sedap hati. Seingat saya seorang kawan penah btau, kalau ada orang tnya tujuh angka terakhir di belakang kad tu maksudnya dia sedang amik kesempatan. Saya yang bengong-bengong dan ragu-ragu ni pergilah mengadu pada my beloved sister. Dia terus macam nak katuk kepala saya sebab buat kje bodoh tu. Cepat-cepat dia suruh saya call customer service untuk block sume transaction. Nasib baik masa saya call tu, takde pape transaction terbaru...fuhh! Lega sangat!



Dalam perjalanan balik dari office tadi, henpon saya berbunyi. Saya tengok-tengok...sekali phone number yang sama. As I was driving (alasan!), saya pon tak jawap call tu. Takmo la layan pape call macam tu lagi. Put an extra careful..huhu. Seb baik ade orang sekeliling yang faham bab-bab ni, klu tak penyek la saya dengan hutang. Thanks Kak Lisa..thanks Kema.

Inter-Dept Team Building @ Park Royal Penang

Layan photos, malas cket nak taip banyak-banyak..huhu.
Will update later  Ouch 





A.Bad.Dream

I had a bad dream last night. It was really nonsense. Yeah right, it is called a dream, isn't it?

I had a dream that I had miscarriage, and yes I was already married (in the dream lorr).

As far I remember, the dream started when I was live separately with my hubby (Sayang, you were in my dream). Not because we were having matrimonial issue, it just because he working in other place. I was live with my mother.

The scene was in the bathroom where by I just took my shower. It was really nonsense because the incomplete fetus (is it called embryo?) drop down, just like that. Unbelievable!

I was so disappointed and shock. It was very sad and the dream last with I called my hubby to tell him what was happened. He calmed me down and managed to cheered me up even though he was away.

I just thinking, is the dream have something to tell me, or 'hello, it just a dream'.

Jeans Cepat Lusuh? Cuba ini..

Cara Cara Menjaga Seluar Jeans

Ramai orang memakai seluar jeans. Ini kerana pemakaian seluar jeans kelihatan ringkas. Dan ada juga yang menjadikan jeans sebagai fesyen harian untuk pergi membeli belah terutama anak muda. Sebagai penggemar jeans, seharusnya kamu tahu cara penjagaannya.

1. Cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam suam. Jangan mengguna air yang terlalu sejuk dan terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar untuk dibersihkan.

2. Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.

3. Jika seluar jeans terkena air laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air mendidih sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran yang melekat akan tanggal.

4. Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di tempat yang teduh dan jangan sesekali dedahkan seluar jeans terus dibawah matahari terik.

5. Perlu diingatkan jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.

6. Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk mencuci seluar jeans, gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.

7. Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh dengan menggunakan air pada suhu biasa.

source: suda lupa mna amek sbb berhari2 dlm draft. maap tuan punya...



Notes* Come out with this after my 'more than 6 years' jeans got ripped on the waist. Time to get new jeans...(next month maybe)

I love you, too..

Mak,
Kalau mak lulus Math masa LCE dulu, tentu mak boleh lanjutkan pelajaran ke kolej. Sekarang tentu mak boleh duduk di atas empuknya kerusi pejabat. Tapi walaupun mak sekarang surirumah, adik tetap sayangkan mak. Mak masih juga boleh duduk di kerusi empuk di rumah.

Mak,
Kalau mak meneruskan ke tingkatan 4 di Sekolah Perempuan Titiwangsa dulu, mak tentu dah jadi atlet terbaik Malaysia. Tapi disebabkan mak leka bersukan dan gagal Math, Embah marah dan buang semua piala olahragawati terbaik WPKL mak. Hebat sebenarnya mak adik ni.

Mak,
Kalau mak tak berhenti kerja di pejabat ex-husband Kathy sebagai tea lady disebabkan kelahiran puteri pertama mak ini, tentu sekarang mak dah upgraded jadi penyanyi. Tapi adik tetap sayangkan mak walaupun mak sekadar mendodoikan kami di buaian. Adik masih ingat lagu dodoian yang mak nyanyikan walaupun dah digubahsemula oleh mak (hehe).
"Anak ku sayang, intan Norina..
Kaulah pelita hidup mama ini..
Anak ku sayang, dengarlah pesan..
Mama nyanyikan untuk sayang mama.

Bila kau dewasa, kau kan berjaya..
Menjadi seorang pemimpin negara..
Sayang ibumu, sayang semua..
Hidupmu tentu nanti dipandang mulia..
Mama berasa bangga bila di hari tua
Anakku bergembira, sayang mama.."

Mak,
Kalau mak tak berkorban dengan sebahagian gaji sebagai cleaner di bank untuk membelikan pelbagai buku latihan, tentu puteri mak ini tak lulus dalam UPSR, PMR dan SPM. Kalau mak tak berkorban menggadaikan rantai leher, tentu anak mak ini tak dapat bayar yuran pendaftaran universiti. Kalau mak tak rela bersusah payah, tentu sekarang anak mak ini tak berjaya.

Mak,
Ketahuilah bahawa adik sayang mak sampai akhir hayat adik. Semoga mak panjang umur dan dapat berkongsi kejayaan dan kebahagiaan adik. InsyaAllah mak dapat tengok adik bersanding, mengandung, mengendong cucu mak dan menjadi tua. Semoga mak dapat melihat kedut-kedut tua di mata adik, sejemput uban di kepala adik.. Semoga kita dapat meniti hari tua bersama-sama..

Tears are Coming for No Reason

Teruk sangat ke rupa saya sejak kebelakangan ni? Hari ni, dua tiga orang tegur..

Norin kenapa? Tak sihat ke?..
Norin okay? Nape nampak tak ceria aje..

Betul ke cmtu? Muka saya nampak jelas tak ceria eh? Hurmmm..sejak dua tiga hari ni memang moody sikit. Sayu, kadang-kadang menangis tiba-tiba. Takpe la, lama-lama okay la nanti. Bertabah!



up