I love you, too..

Mak,
Kalau mak lulus Math masa LCE dulu, tentu mak boleh lanjutkan pelajaran ke kolej. Sekarang tentu mak boleh duduk di atas empuknya kerusi pejabat. Tapi walaupun mak sekarang surirumah, adik tetap sayangkan mak. Mak masih juga boleh duduk di kerusi empuk di rumah.

Mak,
Kalau mak meneruskan ke tingkatan 4 di Sekolah Perempuan Titiwangsa dulu, mak tentu dah jadi atlet terbaik Malaysia. Tapi disebabkan mak leka bersukan dan gagal Math, Embah marah dan buang semua piala olahragawati terbaik WPKL mak. Hebat sebenarnya mak adik ni.

Mak,
Kalau mak tak berhenti kerja di pejabat ex-husband Kathy sebagai tea lady disebabkan kelahiran puteri pertama mak ini, tentu sekarang mak dah upgraded jadi penyanyi. Tapi adik tetap sayangkan mak walaupun mak sekadar mendodoikan kami di buaian. Adik masih ingat lagu dodoian yang mak nyanyikan walaupun dah digubahsemula oleh mak (hehe).
"Anak ku sayang, intan Norina..
Kaulah pelita hidup mama ini..
Anak ku sayang, dengarlah pesan..
Mama nyanyikan untuk sayang mama.

Bila kau dewasa, kau kan berjaya..
Menjadi seorang pemimpin negara..
Sayang ibumu, sayang semua..
Hidupmu tentu nanti dipandang mulia..
Mama berasa bangga bila di hari tua
Anakku bergembira, sayang mama.."

Mak,
Kalau mak tak berkorban dengan sebahagian gaji sebagai cleaner di bank untuk membelikan pelbagai buku latihan, tentu puteri mak ini tak lulus dalam UPSR, PMR dan SPM. Kalau mak tak berkorban menggadaikan rantai leher, tentu anak mak ini tak dapat bayar yuran pendaftaran universiti. Kalau mak tak rela bersusah payah, tentu sekarang anak mak ini tak berjaya.

Mak,
Ketahuilah bahawa adik sayang mak sampai akhir hayat adik. Semoga mak panjang umur dan dapat berkongsi kejayaan dan kebahagiaan adik. InsyaAllah mak dapat tengok adik bersanding, mengandung, mengendong cucu mak dan menjadi tua. Semoga mak dapat melihat kedut-kedut tua di mata adik, sejemput uban di kepala adik.. Semoga kita dapat meniti hari tua bersama-sama..

2 comment(s):

LeeNaz said...

sayunyer baca..norin buat sendiri ae?
sedihnyer naz..sbb x dpt kongsi kejayaan hari ini dgn ibu tercinta...naz pun mcm norin ingin berbakti dgn mak kalau dah berjaya..tp apakan daya..Allah lebih sayangkan mak naz dulu :(

nOtCinDeReLLa said...

coretan hati, naz.. bukan tidak bersyukur dengan bahagian/rezeki yang Allah dah bagi pada mak, tapi cuma terfikir kalaulah itu terjadi.. namun kalau itu terjadi, mungkin kebahagiaan sekarang tak dapat dirasa. semuanya ada hikmah kan..?

naz, walaupun naz tak dapat merasai kehadiran mak naz saat ni, tapi naz juga beruntung. beruntung kenapa? beruntung sebab naz tak ada peluang untuk lukakan hati mak naz, mengecewakan harapan/impian dia, membuat dia menangis. naz selamat dari dosa-dosa itu. orang yang ada mak belum tentu dapat bahagiakan mak, malah mungkin banyak dosa menyakiti mak.

jadi naz janganlah bersedih sebab mak naz tak ada, tapi berdoalah supaya mak naz dekat dengan Dia. jadi anak solehah yang berbakti pada mak naz bukan setakat dia ada di dunia aje, kan..? naz boleh berbakti pada mak naz dengan mengirimkan doa pada dia. semoga kita jadi anak yang solehah. Aminnn..

Post a Comment

Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!


up