Mak,
Hari ni adik try call mak banyak kali sebab ingatkan hari nilah Hari Ibu. Tapi satu call pun tak dijawap, dan kadang-kadang line busy pulak. Pagi tadi try call dua tiga kali, tapi tak dijawap. Petang tadi pon sama jugak..hurmmm.
Semalam kan adik pegi Perlis, lepas attend interview dengan MQA tu adik plan nak g Padang Besar. Boleh la cari baju sehelai dua untuk diri sendiri dan jugak untuk mak sempena Hari Ibu ni. Tapi mak nasihatkan tak yah pegi sebab sorang-sorang. Mak cakap, mak pon teringin jugak nak pegi Padang Besar lagi. Mak cakap, nanti pegi ngan mak je la bila ade rezeki dan kesempatan. Selepas called mak, adik pon balik ke Kulim. Alhamdulillah selamat sampai kat Kulim lebih kurang pukul 2. Mesti mak doakan perjalanan adik, kan..? Terima kasih, mak.
Esok adik try call mak lagi, ye.. Selamat malam, I luv u..
0 comment(s):
Post a Comment
Your comment will go for approval before published. SPAM is not allowed!!