Entry Terakhir Tahun Ini - Seronok Berniaga

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Setelah lebih 2 minggu menghilang, barulah sekarang nak muncul. Hehehe

Norin balik kampung lebih seminggu yang lepas bermula 19hb Dec. Sengaja cuti lama sikit untuk luangkan masa dengan Mak Abah dan adik-beradik serta anak-anak buah. Mulanya balik kampung suami dulu, lepas tu barulah jumpa keluarga sebelah Norin pula.

Cuti memanglah memenatkan, tapi syukur dapat bersama-sama keluarga. Buat kerja rumah tak berhenti, ada je yang nak dikemaskan dan dibantu. Penat tapi seronok. Tambah seronok apabila Adik Iman mula berniaga di gerai Mak pada sebelah malam.

Sebelum ni Mak berniaga nasi lemak dan lontong di waktu pagi di gerainya D'Saji Kartina. Selepas beberapa lama berniaga pagi, Mak semakin letih kerana terpaksa bangun lebih awal menyiapkan jualan. Akhirnya Mak buat keputusan untuk berniaga pisang goreng dan keropok lekor pada sebelah petang sahaja. Pada sebelah malam pula, Adik Iman akan sambung dengan berniaga burger.

Adik Iman baru sahaja mulakan perniagaan pada 22hb Dec lepas dengan dipandu oleh suami Norin yang berpengalaman berniaga burger sebelum ini. Hari pertama berniaga, Alhamdulillah terjual 5 biji burger. For me it's a good start. Hari kedua meningkat ke 22 biji. Wow!! Hari ketiga pula lebih 40 biji terjual. Alhamdulillah. Memang seronok berniaga.

Masa bercuti memang banyak habis di rumah dan gerai sahaja. Hanya sekali sahaja berkesempatan mandi-manda di Hutan Lipur Ulu Yam. Lama tak mandi air sungai, brrr sejuk!! Sekarang nak masuk dah kena bayar; RM1 sekepala. Tapi bila kena bayar ni, nampaklah persekitaran kawasan lebih bersih. Alhamdulillah. Barulah kita dapat nikmati keindahan alam semulajadi dan bersih kan.

Kek Coklat Kukus Lapis Keju

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Malam tadi Norin sibukkan diri di dapur masak kek ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3. Asalnya nak beli kek je daripada homebakers yang famous dalam kilang tempat Norin kerja, tetapi sebelum buat tempahan Norin tanya Encik Husband dulu. Encik Husband kata "buat je lah, Sayang. Boleh dapat banyak" Hehehe..

Minggu lepas cuba buat kek kukus coklat yang moist dengan ganache sekali. Agaknya sedap lah kot, jadi Encik Husband cadangkan buat jugak lah kali ni. Sabtu lepas belilah barang-barang untuk buat kek. Kali ni cuba bermain dengan cream cheese pulak. Homebaker amatur sangat, tak pernah lagi main dengan cheese ni.

Google punya Google..dapatlah recipe yang mudah untuk diikut. Mula nampak recipe ni di blog Kak Yatie (pangkat kakak kot).. Pastu saja-saja browsing blog Azlita yang famous tu, nampak recipe yang sama daripada Kak Yatie. Saya tirulah..hehehe. Tapi untuk bahagian kek, Norin ikut recipe kek kukus coklat yang Norin cuba minggu lepas.

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE

Bahan A ~ Cheese
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Pukul cream cheese bersama dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

Bahan B ~ Kek Coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil baking powder*
*diayak bersama
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Masakkan serbuk koko, susu cair, minyak masak dan susu pekat dengan api kecil sehingga sebati, dan sejukkan.
Dalam bekas lain, pukul telur sampai kembang. Masukkan bahan yang dimasakkan tadi dan kacau sebati.
Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
Kemudian kacau bahan yang diayak sedikit demi sedikit hingga sebati.

Penyediaannya
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Encik Husband Norin sukakan chocolate ganache. Jadi untuk kek coklat kukus lapis keju versi Norin, ada lah chocolate ganache. Norin panaskan 150ml UHT whipping cream dan cairkan 250gm coklat masakan di dalam whipping cream tu. Maka jadilah chocolate ganache untuk dituangkan atas kek tadi. Untuk hiasan, Norin taburkan chocolate rise je.

3rd Anniversary

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

3 years down...forever to go!

Alhamdulillah, pada tarikh ini genaplah 3 tahun perkahwinan kami
Cinta masih hangat di dalam hati dek belaian kasih sayang antara kami
"Tergigit lidah" itu biasa, tetapi Alhamdulillah kami tak biarkan lama-lama
Ujian yang kami terima adalah tersendiri namun masih boleh dipikul

Semoga ikatan yang terbina kekal sehingga ke syurga-Nya
Semoga kasih sayang dan cinta sentiasa hangat
Semoga Allah kurniakan segala kebaikan di dalam ikatan ini
InsyaAllah akan lahir tanda cinta kami tahun depan
Kami percaya pada ketentuan dan rezeki-Nya
Allahumma Aameen...

Weekends Escape!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Hujung minggu lepas (28 Nov), Norin dan husband attended dua kenduri di Alor Setar. Alang-alang dah ke sana, Norin berikan cadangan kepada husband. 

"jom kita gi Kuala Perlis nak, Sayang?"
"ha'a, dah dekat dah kan.. boleh jugak, lama tak gi area sana"

Agaknya kami ni jenis tak boleh rancang awal-awal, kalau last minutes macam ni baru menjadi. Kalau diajak bercuti ke mana-mana, jawapannya tidak lah. Simpan je duit, katanya.

Alhamdulillah, selepas attend kenduri kat Alor Setar tu kami menuju ke Kuala Perlis. Sekitar jam 2 kami dah sampai di sana. Kami sewa budget motel je, RM60/malam. Jadilah, kami cuma 1 malam je kat situ. Saja lari sekejap ke sini. Adakah ini dikira honeymoon? Hehehe

Kuala Perlis bukan asing sangat sebab kami kan pernah belajar di sana. Tapi banyak juga perubahan di sana. Penempatan UniMap di sana telah menaikkan ekonomi penduduk di sana. Walaupun Kuala Perlis merupakan jalan masuk dari Langkawi selain Kuala Kedah, namun kini Kuala Perlis lebih menampakkan sedikit kemajuan dengan adanya penempatan UniMap.

Selepas checked in motel, kami bantai tidur sampai lewat petang. Plannya nak ajak husband gi pekena laksa tepi laut di sebelah Sanglang, tapi masing-masing kemalasan dan kebetulan hujan turun petang tu.

Sebelah malam kami keluar makan di kedai makan tepi jalan berdekatan dengan Shell. Muslim Seafood kalau tak silap namanya. Makan biasa-biasa je, nasi goreng hehehe.

Selepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan persisir laut. Ada expo kecil kat situ, boleh lah nak cuci mata. Kompleks Makanan Laut ada beberapa kedai makan, tapi malam tu hanya Mona Ikan Bakar sahaj yang buka. Ramai orang! Mujur kami dah makan tadi, jadi tak terliur nak makan kat situ. Sengaja jalan-jalan kat kawasan lapang situ.

Akhir sekali kami ke perkarangan Masjid terapung Kuala Perlis. Duduk di sana lebih kurang setengah jam mengambil mood angin laut, kemudian kami balik ke motel. 

Motel kami opposite Jeti Kuala Perlis. Sebelah bilik kami riuh malam tu, esoknya hening je. Mungkin mereka tidur semalam di motel supaya pagi-pagi seawal jam 7 boleh naik feri ke Langkawi. Kami check out lebih kurang jam 10 pagi. Minum pagi kat gerai-gerai tepi jalan bersebelahan bangunan pusat pengajian UniMap, dan terus balik ke Kulim.

Tea Break Talk

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Suka Norin berbual dengan orang yang hati dan akal mereka jenis positif dan terbuka ni. Tadi sambil minum Cappucino kat cafe semasa tea break, berbual dengan seorang ibu muda beranak satu yang positif.
Jangan merendah-rendahkan pasangan yang belum dikurniakan anak kerana setiap orang ada rezeki masing-masing dan sumbangan kepada komuniti.
Kalau ada yang anaknya sakit terpaksa cuti kecemasan, yang belum ada anak ni lah tolong cover tugas di office. 

Dan kalau orang tua sakit atau perlu buat urusan rasmi, yang belum ada anak ni lah tolong teman bawakan ke hospital, pejabat kerajaan atau bank apabila adik-beradik lain yang beranak sibuk dengan anak-anak diorang.

See.. Setiap orang ada sumbangannya. Janganlah hentam yang belum ada anak ni. Ingat suka-suka ke tiada anak? Kalau anak ni boleh diacukan di molding factory, tiadalah masalah pasangan tiada anak. Berbalik pada rezeki dan keizinan Allah juga. Bukan nak salahkan takdir..yes mesti berusaha, tetapi Allah Maha Berkuasa.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Baby, mommy tahu baby ada di sana, di suatu tempat yang jauh dalam jagaan Dia. Mommy pasti, suatu hari nanti Dia akan kirimkan baby kepada mommy apabila sampai masanya. Mommy akan sentiasa menunggu baby. 

Allah itu Maha Pengasih, dengan izin-Nya pasti mommy akan jumpa baby. It just a matter of time 

7-Eleven November Promotion

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Korang mesti alert pasal promosi 7E bulan November kan? Norin tahu pun daripada kawan-kawan yang send photo poster promosi thru WhatsApp. Itu pun terlepas the first two round RM1 deal tu. Yang third round tu tak nak terlepas lah kononnya. 

23hb November tu ajak husband keluar rumah jam 10.30pm minum-minum kat mamak di pekan Kulim. Lepak sampai kul 11.30pm kemudian menghala ke 7E terdekat dengan rumah. OTW tu ada sebuah 7E di pekan Kulim, sengaja kami tak singgah situ sebab masih awal dan memang aimed nak gi 7E dekat dengan rumah je.

Sampai kat situ, kami tunggu dalam kereta sebab belum jam 12am lagi. Laaa ingatkan lepas jam 12am baru boleh masuk, ambil dan bayar. Tapi rupanya sebelum jam 12am ramai budak-budak UniKL dan Politeknik yang serbu masuk. Bila kami masuk, dah ramai dah kat dalam tu.
Tak pernah buat kerja giler macam ni..hahaha

Saya target nak beli Garnier Men dan Garnier Women tu. Tapi satu pun tak dapat.. Bukan rezeki. Yang ada banyak ialah Yoe's yogurt, Goodday UHT milk, Mister Potato original dan ubat nyamuk Fumakilla tu. Yoe's yogurt dan Goodday UHT milk tu tak minat. Ubat nyamuk tak yah kot..hehehe. So kami beli Mister Potato je lah; 5 balang.

Final round 1 dan 2 Dec ni. Jom!!
Tak tahulah kalau 7E tu tak keluarkan semua barang atau memang dah kena rembat awal. Since promosi dia mentioned "while stock last", percaya je lah item yang tak ade tu dah habis stock.

Next round which is the final round pada 1~2 Dec ni, jom kita susun strategi untuk dapatkan Dutch Lady UHT milk, Mamee Chef Cup ngan L'Oreal shampoo tu!


Kenduri & Shopping

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Salam Ahad korang.. Hari tak gi mana-mana ke? Norin melepak je kat rumah hari ni. Semalam dah keluar dari tengah hari sampai ke maghrib..opss!

Semalam Norin gi kenduri kahwin officemate, Athikah namanya. Husband Norin tak nak ikut, jadi Norin gi dengan kawan-kawan je; Liza dan Adila. Pukul 2 gerak dari Kulim ke Sungai Petani. First time masuk ke Bandar Laguna Merbok tu. Wah, kagum sungguh tengok rumah-rumah yang cantik dalam kawasan tu. Siap ada rumah yang ala-ala kat Amerika sana tu. Pasang angan-angan nak ada rumah yang cantik macam tu jugak, dengan persekitaran yang bersih dan aman.

Semasa kami sampai di lokasi kenduri, ada nama dua pasang pengantin di bunting. Jadi kami expect akan ada dua pasang pengantin jugalah. Tapi bila kami masuk dalam kelab tu, nampak sepasang pengantin sahaja. Rupa pengantin perempuan pun tak cam, nak kata Athikah lain sungguh. Tapi kami terus juga melangkah ke pelamin untuk bersalam dengan pengantin. "Terima kasih datang, kak",  kata pengantin perempuan... Maknanya dia kenallah kami. Maknanya dialah Athikah. Lain sungguh dia, cantik berseri sangat.

Kami dah kenyang, nak balik dah. Sebelum tu bergambar kejap dengan pengantin

Bagus jugak husband tak ikut, boleh poya-poya dengan kawan-kawan...hahaha. Tak lah, husband tau Liza dan Adila ajak saya berjalan-jalan selepas kenduri. Dia berikan keizinan. 

Mula-mula kami ke Bella Ammara, ini pertama kali juga saya ke sini. Selama ini hanya follow BA kat Instagram dan Facebook sahaja. Cuak sebenarnya nak masuk butik BA ni kot nanti promoter takmo layan sebab Norin bukan vouge..hehehe. Tolak pintu butik dengan Bismillah dan masuk dengan muka yakin, padahal nak tengok-tengok je.

Butik BA memang cantik, ada kelass! Sempatlah try beberapa shawl yang tergantung kat rak. Sebabkan tak ada niat nak membeli, jubah dan blouse tak try pun. Teman Liza memilih shawl dan jubah je. Bagi Norin yang tak tinggi tapi bulat ni, susah sikit nak beli baju yang ready-made. Kalau beli jubah yang 'berkaki' lagi rugi sebab nanti for sure kena kerat bahagian bawah. Masa kecil dulu pun Mak memang tempah baju raya (baju kurung), tak pernah beli siap. Bila dah besar sikit, pernah beli yang siap tapi kena alter jugak. So lebih prefer custom-made.

Cantik noh butik depa

Liza dan shawl-nya. Adila sedang try shawl
 Keluar dari butik BA dengan dua beg kertas hasil tangkapan Liza, kami ke Jakel pulak. Adila dan Liza nak cari kain untuk jahit blouse. Sejak Adila pandai menjahit ni, diorang memang rajin membeli kain. Saya pun nak beli jugaklah.. Dah lama tak berganti baju (cet! muhong).. Mula-mula pilih sepasang kain untuk saya dan bahan baju Melayu untuk husband untuk Raya tahun depan. Hahaha awalnya! Tema biru tahun depan..wuwuwuwu.. Kemudian tertarik nak try corak polka dot pulak. Saya beli 2 meter corak polka dot tu dan cari 2 meter lagi kain plain. Yeay, dapat dua pasang baju!

Cuba corak polka dot pulak.. Kain jenis crepe, tak perlu iron
Kain color biru tu beli sebab tertarik tengok patung pakai

Happy dapat bahan baju untuk raya tahun depan ;-P
Sebelum balik kami tumpang solat di Jakel. Bagus Jakel ni, promoter mesra, kemudahan pun selesa. Jam 6.15pm kami keluar dari Jakel Sungai Petani untuk pulang ke Kulim. Sampai rumah lebih kurang jam 7.15pm, dah masuk waktu Maghrib pun. Husband sambut dengan kasih sayang..hehehe

Hujung bulan ni nak hantar bahan baju ke kedai jahit, nak tempah yang polka dot tu. Yang color biru bulan March nanti tempah pun sempat..

Berapakah Suhu Badan Anda?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Norin ada kemusykilan lah, boleh tolong rungkaikan? Kesnya begini..

Lebih kurang 2 bulan yang lepas Norin demam dan kemudian disusuli dengan selsema dan batuk selama beberapa hari. Norin tahu Norin demam bila tekak mula sakit, suhu badan bertambah sehingga Norin boleh rasa kehangatan kulit sendiri.

Selepas 2 hari demam kebah, tetapi selsema dan batuk masih ada. Disebabkan tak larat nak bekerja, Norin ke klinik dan mohon cuti sakit. Semasa consultation dengan doktor, Norin beritahu yang Norin dah tak demam. Norin nak minta cuti sakit sebab masih selsema dan batuk. Kepala pun sakitlah sebab asyik batuk je.

Doktor ada check temperature badan Norin untuk pastikan Norin tak demam. Ketika itu suhu badan Norin ialah 36.4 degree. Bukankah kita belajar di sekolah dulu, suhu normal ialah 37 degree? Jadi Norin musykil, kalau dah suhu normal Norin ialah antara 36.4~36.6 degree, adakah bila suhu badan Norin 37 degree masih dianggap normal?

Pernah beberapa tahun lepas, Norin tak puas hati dengan doktor sebab tak bagi cuti sakit padahal Norin demam. Doktor check temperature badan Norin masa tu ialah 37.2 degree. Doktor kata Norin tak demam, itu suhu yang normal. Kiter dah tak larat ni dia kata tak demam.. Akhirnya Norin apply cuti tahunan je lah. Dah tu tak dapat cuti sakit, nak kerja pulak tak larat dengan kepala sakit lagi.

Semasa consultation 2 bulan lepas, Norin ambil peluang tanya pada doktor. "Doktor, suhu badan saya waktu tak demam ni 36.4 degree, jadi kalau suhu 37 degree kiranya saya dah demam lah kan?". Doktor cakap TAK. Suhu demam ialah antara 37.7 hingga 38.7 degree. Kalau lebih daripada tu dikira DEMAM PANAS melampau. Contohnya macam orang yang kena denggi tu.

Atoiii..macam tu ke? Kalau gini, Norin tak pernah demamlah ek??

Mengapa Ambil Minuman Herba?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Selamat pagi..

Pagi ni sarap apa? Sebelum gi kerja tadi sempat buat cucur manis dengan air teh O. Buat alas perut je.. Pastu sampai office breakfast kat cafe dengan kuih cara manis dan ketayap. **Thanks DekJa Wan Nor Hazliza

Disebabkan kat umah tak sempat bancuh BBD, amik bawa gi cafe dan bancuh kat situ. Sikit je, hujung camca.

Saya pernah try beberapa jamu, Alhamdulillah bagus untuk melawaskan pembuangan dan singkir angin, tapi tak satu pun dapat panaskan badan saya. Tapi...dengan BBD ni saya kalah.

Pernah mula-mula bancuh setengah camca, tak tahan woo..jadi panas dalam. Rasa macam nak demam! So sekarang ni, cuma bancuh sikit je dalam air suam, air teh atau dengan GoChoc atau GoMilk.

Tujuan panaskan badan adalah untuk kesuburan. Saya berusahalah ni. InsyaAllah kalau dah rezeki, pasti Allah bagi. Allah kan baik sangat kat kita.

BBD ni bagus terutamanya untuk ibu-ibu dalam tempoh berpantang. Kan semasa berpantang elok panaskan badan untuk singkir angin, kecutkan rahim, tembah pengeluaran susu ibu dan bakar lemak. Kan nak kembali kurus, sihat berseri dan cergas selepas bersalin..

Percubaan.Yang.Gagal

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Malam ni Norin cuba buat kek kukus. Tadi siang cari resepi kek kukus yang simple. Alhamdulillah jumpa resepi yang tak 'macam-macam'. Tapi...selepas mencuba, tak naik pula kek tu. Kek jadi berat dan padat, tak gebu pun..huhuhu. Rasa sedap, cuma rupa tak ada. Alahai.. 😢


Birthday Treats

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Alhamdulillah, terima kasih kepada sahabat-sahabat yang meraikan ulangtahun kelahiran Norin tempohari. Bermula dengan advanced birthday treat sehari sebelum tarikh lahir, sehinggalah hampir seminggu ulangtahun kelahiran Norin.

Adek Somey belanja kek sehari sebelum birthday. Terima kasih, cayang

Jumaat lepas, 13 Nov 2015 kami plan makan buffet lunch di KGCR. Rupa-rupanya kawan-kawan selitkan sekali birthday celebration untuk 3 orang antara kami. First time dapat kek yang meriah dan colorful macam ni. Norin hargai usaha kawan-kawan semua meraikan ulangtahun kelahiran kami walaupun belated birthday. Terima kasih, lovelies!!

Comel sangat! Very colorful

Norin - Linda - Liza

KAMI

Apit dengan hot mommies.. Mudah-mudahan terjangkit! Aameen

Little Garden

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Minat menanam pokok sayuran ni datang tanpa dirancang. Bermula apabila kami nak masak bubur kacang tapi tak ada daun pandan. Kami cari di pasar pagi, tapi seorang peniaga pun tak jual. Norin merungut sendiri, "susahnya nak cari daun pandan kat Kulim ni. Takkan dalam ramai-ramai peniaga, seorang pun tak jual? Kalau kat KL tu punyalah ramai orang jual daun pandan". Fikir-fikir, Kulim kan banyak kawasan kampung dan banyak tanah. Peniaga tak juallah daun pandan sebab kebanyakan rumah tanam pokok pandan sendiri. Balik daripada pasar pagi, terpaksa tebal muka minta daun pandan pada Mak Tok jiran sebelah rumah. Hehehe

Perlahan-lahan kami dah mula tanam beberapa pokok sayuran di dalam pasu. Mula dengan pokok pandan yang MakTok berikan, hingga hari ini kami ada pokok bendi, pokok cili, pokok bayam, pokok kangkung, dan pernah pokok tembikai tumbuh serta berikan kami dua biji buah tembikai.

Pokok bendi

Pokok pandan

Pokok bayam

Norin semakin berseri?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Duk tengah fikir nak menulis apa hari ni, teringat pula kat kawan Norin, si Atif. Baru-baru ini di dalam WhatsApp group dia kata Norin semakin berseri akhir-akhir ni. Adakah disebabkan gambar ni? Ada-ada je Atif ni.. Bila kita happy, mestilah muka kita berseri-seri kan..?


Norin akui sejak dua tiga bulan ni Norin agak concerned pasal kebersihan dan kecantikan kulit. Norin dah cecah umur 30-an sejak tahun lepas. Tapi sejak perasan umur nak masuk 31 tahun (Ahad ni, 8 November), Norin fikir dah sampai masanya untuk lebih serius untuk jaga kecantikan kulit. Apa pun yang semakin menguatkan tujuan nak cantik bila teringatkan Encik Suami. Norin sanggup melabur sikit untuk beli Shaklee Nutri White Gentle Deep Foaming Cleanser yang harganya melebihi RM100. Selain tu Norin juga amalkan Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ untuk kesan lebih optimum. Dua item yang sudah berjaya membantu ramai pengguna untuk kelihatan lebih cerah dan mengelakkan kulit kusam. Minimal set sahaja ni, tapi banyak testimoni yang berjaya. Jadi Norin pun mencuba.


Apa kata korang? Ada perubahan ketara ke? Kalau berasa nak cuba set cerah yang minimal ni, boleh hubungi Shaklee distributor yang korang kenali. Norin signup sebagai Shaklee member sebab sendiri consumes product Shaklee ni. Kalau nak minta tolong Norin belikan, boleh call Norin 013271149. InsyaAllah harga kasih sayang je.

Router di Lazada

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Norin semacam dah dapat semula feel nak berblog seperti dulu. Blog ni adalah salah satu 'treasure' yang Norin sayang. Dalam Facebook kita tak boleh nak tulis panjang-panjang sebab feel dia lain..huhuhu

Semalam Norin buat keputusan untuk aktifkan semula talian internet di rumah. Langkah pertama ialah beli router untuk menggantikan yang telah rosak selepas dentuman guruh dan petir juga. Ni sama kes dengan kipas siling kami tu. Sejak tu lah kami tidak berinternet dengan laptop. Kalau ada internet, setiap hari sibuk encik suami download drama series..hahaha. Selalu nak gaduh dengan dia sebab Norin tak boleh nak berinternet sebab download tu melambatkan. Dah lah kami punya Streamyx tu 384Kbps je..the slowest speed punya! Ada kisahnya macam mana Norin boleh dapat 384Kbps speed ni, nanti Norin ceritakan.

So, semalam Norin order router melalui Lazada dengan harga RM75 sahaja. Entahlah harganya berbaloi atau tidak sebab Norin bukan reti sangat, but it is a pretty price for me. Norin ambil router D-Link DIR-605L Wireless-N Router 300Mbps. Kihkih speed internet kita 384Kbps je, router bukan main lagi 300Mbps! Takpe lah, kot nanti nak upgrade speed ke kan.. Jadi boleh berblog dan berniaga thru Facebook, YouTube, Instagram dengan pantas. Aameen3x

Ni lah router yang Norin pilih semalam di Lazada. Norin pilih pembayaran secara COD, so tunggu dia sampai depan pintu rumah baru kita bayar RM75 tu
Sebenarnya talian internet Streamyx di rumah kami tak terminate sebab sayangkan sewa bulanan yang hanya RM38 dengan speed 384Kbps tu lah. Talian internet ni dah lama dah, tapi asalnya diaktifkan dengan speed 1Mbps tu dengan harga RM110 ketika itu. Sekarang pun Streamyx masih tawarkan speed 1Mbps tu dengan harga RM116.60, ni harga termasuk GST ni. Kami guna speed 1Mbps tu dalam tempoh yang lama, tak silap lebih 3 tahun. Maksudnya dah lepas tempoh kontrak lah (2 Tahun). Kemudian kami nak terminate sebab masing-masing dah signup data plan di handphone. TM mungkin sayangkan pelanggannya, jadi TM counter offer bagi kami the slowest speed 384Kbps ni. Bulanan kami hanya bayar RM38 sahaja. Kami tak kisah sangat dengan speed 384Kbps tu, sebab OK je dan masih boleh download video semua (sampai laptop pernah crashed sebab hardisk penuh..hahaha). Alamak, lepas ni jangan pulak korang ramai-ramai gi TM mintak slowest speed ni. Nanti TM cari Norin plak kata hasut korang. No..no..no..!

Sejak router di rumah rosak berbulan-bulan lepas, kami tetap kena bayar RM38 walaupun tak gunakan internet sebab kami 'keep' talian internet tu. Tapi kami ni jahat jugak lah, kami biar tertunggak je berbulan-bulan ni hahaha. So langkah seterusnya selepas dapat router nanti, kami kena settle dulu bill Streamyx yang tertunggak tu untuk aktifkan semula internet di rumah. Encik TM, sorry naa..hehehe




p/s Korang jangan jammed otak dengan Norin ya. "Eh budak kecik ni..kejap dia bahasakan diri dia 'saya', kejap bahasakan diri 'Norin'". Norin ada identity-disorder sikit.. Kadang-kadang tu teruk sampai tak kenal diri sendiri. Hahahahaha percayalah korang.. Saja je lah nak  manja sikit, bahasakan diri dengan nama boleh kan? Hehehe 

Ganti dan Baiki Kipas Berkawalan Jauh

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
 السلام عليكم

Dah berbulan-bulan sejak sebuah kipas siling di ruang tamu gagal berfungsi selepas dentuman guruh dan kilat semasa hujan lebat, kami terpaksa menggunakan sebuah kipas sahaja sewaktu menonton TV. Dapat rasa angin sepoi-sepoi bahasa je sebab kipas yang sebuah tu kedudukannya jauh daripada tempat kami beristirehat depan TV.

Bila tanya kawan-kawan dan adik-beradik macam mana nak baiki kipas yang rosak tu, kebanyakannya akan kata beli baharu je lah. Harga sebuah kipas baharu lebih murah daripada kos baiki. Ok, fine~ Disebabkan kami tak ada budget nak beli kipas baru, biarlah dulu..

Hujung minggu lepas, suami saya mencadangkan menggantikan kipas yang gagal berfungsi dengan sebuah kipas yang berada di dry kitchen. Saya ni walaupun grad dalam electronic, tapi tak lah 'terror' dalam pendawaian ni. Jadi sebelum kami membuka kipas dan memasangkan semula di ruang tamu, haruslah ambil gambar kedudukan wayar yang tepat supaya nanti tak meletup pulak kipas tu..hehehe. Apa pun sebelum mulakan kerja-kerja ni, suis utama mestilah dimatikan. Jangan nanti ada yang keras kat atas tangga.

Gambar ni saya yang tangkap sebab encik suami cuba banyak kali untuk tangkap tak berjaya. Akhirnya handphone jugak dipersalahkan..hahaha
 Leceh jugak nak buka kipas siling ni, banyak step dan banyak skru. Paling leceh main dengan skru kecil dan lubang skru yang terselit kat tempat yang terhad. Patutlah dulu bayar upah pasang kipas semasa masuk rumah ni sampai RM30 sebuah. Ok, barulah tahu bukan senang-senang nak pasang kipas siling ni..hehehe.

Yeay dah berjaya pasang kipas ni kat ruang tamu. Nyaman lah menonton TV..hehehe. Eh, tapi kenapa ada gegaran dan bunyi ek? Macam mana nak bagi dia tak berbunyi?
Kipas siling yang asalnya di dry kitchen sudah berjaya dipasangkan di ruang tamu. Kipas yang gagal berfungsi tu asalnya suami saya nak buang je. Tapi saya sayang pula dan berazam nak baiki kerana terinspirasi daripada kisah Fuad Latif yang membaiki kipas berkawalan jauh apabila berpindah ke rumah baharunya. Saya buka semula link kisah Encik Fuad tu dan ajak suami saya untuk cuba baiki kipas kami. Masalah kipas kami sama seperti kipas Encik Fuad.
2. Jika kipas tidak berpusing dan ada bunyi “tettt” ketika kawalan jauh ditekan:
Ia disebabkan oleh kapasitor kuning (komponen warna kuning gambar 2). Kipas saya guna 1.5uF. Kapasitor jenis ini mempunyai kaki yang perlu disolder. Tiada +ve dan -ve bermakna mana-mana arah kaki boleh disambung.
Jadi saya dan suami membaraikan kipas sampai hilang rupa kipas lah..hahaha. Akhirnya jumpalah kami dengan circuit board kipas tu. Kami belum ke kedai alat ganti elektronik atau hardware untuk mencari kapasitor yang setara dengan yang digunakan oleh kipas kami. Mungkin hari minggu nanti kami akan berusaha mencari kapasitor tu dan memasangkan our 'brand new ceiling fan'..hehehe.

It's coming..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
 السلام عليكم

Welcome November!! 

Bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun

Bulan yang istimewa

Kurang 5 hari lagi birthday saya

Tahun lepas saya hide birthday di Facebook

Ramai yang tidak perasan, tapi ada juga yang ingat

Sengaja saya 'keep low profile' tahun lepas

Tahun ni belum decide nak hide lagi atau tidak

Craving for cake dah start dah ni

Tapi lebih craving cheesekut Atif buat

Alahai sedapnya cheese sejuk-sejuk


Buffet Lunch @ KGCR

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Selamat petang semua. Saya doakan anda yang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semoga hari-hari yang anda jalani diberkati dan berjalan lancar seperti yang anda harapkan.

Tengah hari tadi saya lunch dengan nasi ayam di cafe sahaja. Memang setiap hari Khamis, cafe menyediakan menu nasi ayam. Selagi tidak jemu, setiap hari Khamis, saya akan dapatkan nasi ayam sebagai lunch saya..hehehe.

Semalam saya ke Kulim Golf and Country Resort pada waktu makan tengah hari. Bermula bulan Oktober ini KGCR mengadakan buffet lunch dengan pelbagai menu menarik. Yang paling best ialah action stall yang menyediakan sotong kangkung dan bbq. Dengan RM16 sahaja, pelbagai masakan boleh anda nikmati. Bagi saya, harganya sangat berpatutan.

Rasa nak revisit pada hari lain pulak ;-)




Something lah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Selesa ke kalau baru je sejam berkenalan di taman rekreasi dah dihubungi? Bagi saya jawapannya TIDAK.

Seminggu lepas, keadaan jerebu dah beransur pulih selepas hampir setiap hari hujan. Jadi pagi itu saya bersama Adek ke Taman Tasik Putra untuk morning walk sambil chatting. Hampir dua pusingan tasik kami lalui, kami berehat di bangku batu tepi laluan pejalan kaki untuk berehat. Adek sedang hamil 5 bulan, jadi kami hanya jalan-jalan santai sahaja. Sambil berehat, chatting tetap berterusan..hehehe.

Tiba-tiba seorang pakcik memberi salam sambil menyampuk perbualan kami. Tak apa lah, kami melayan sahajalah dengan rasa hormat terhadap orang lebih tua. Katanya dia bekerja di salah sebuah pusat pengajian di Kulim ni. Jeng..jeng..saya melihat peluang business di situ. Jadi saya tanyakan adakah peluang untuk peniaga berniaga di dalam sana. Pastinya ada sebab ramai peniaga bakery, baju jersi atau tshirt selalu berniaga di sana.

Katanya, kalau ada apa-apa urusan di sana carilah dia kot dia boleh tolong sebab ramai kenal dia. Ok.. Saya katakan nanti kami cari dia kalau ada apa-apa. THEN, dia kata ambillah nombor telefon pastu dia minta saya buat miss call dan save number saya. Ok, fine! Saya tak sangka buruk pada pakcik tu dan masih hormatkan dia. Mungkin ini peluang kembangkan network.

Selang sejam, semasa saya di rumah bersama suami, pakcik tu called. Saya sedang sibuk di dapur ketika itu. Selepas selesai, tengok-tengok ada missed call dari dia. Eh, dah kenapa pakcik ni call? Biarlah, kata hati saya. Rupanya tak takat tu, malamnya sekitar pukul 10 ++ saya dapat SMS pulak. Text tidak lucah, tapi bunyinya 'macam bagus je' pakcik ni. Saya tidak selesa! Saya mula fikir tak baik tentang pakcik ni. Pakcik ni macam something je..

Hari Isnin pula dia called lagi sekitar jam 12.30pm. Amboi, nak ajak lunch date ke apa? Tak boleh jadi pakcik ni. Masukkan number dia dalam blocklist. No call, no SMS lepas ni. Tapi pandai pulak dia..daripada takde account WhatsApp, dia hubungi saya melalui WhatsApp pulak dah malam tu. Selepas saya masukkan dalam blacklist, saya checked dia memang takde dalam WhatsApp contact. Maknanya dia memang baru create account WhatsApp. "Assalamualaikum. Sihat?" Apa kejadahnya pakcik ni? Dah dua kali dia text waktu malam. Ok, blocked!

Blacklisted dan blocked. Rasa selamat sikit. Lalu saya tukar profile picture di WhatsApp dengan photo semasa nikah. Apa, ingat saya cute macam ni belum kahwin lagi ke? Muka je sweet 17, tapi saya ni isteri orang tau!




Hari Asyura dan puasa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Salam Jumaat dan selamat berpuasa Asyura pada yang menyahut seruan berpuasa pada hari ini. Semalam puasa? Kalau tidak berpuasa semalam, sebaiknya hendaklah berpuasa esok hari. Saya bukanlah orang yang tepat untuk dibuat rujukan, sedang diri saya masih kurang berpengetahuan Islam. Ini adalah salah satu rujukan berkenaan puasa Asyura. Semoga bermanfaat.

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharramlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.

Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu. Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.

Rindukan blog

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Tolong berikan tip macam mana nak konsisten tulis blog ni? Aduyai dah berapa lama la tinggalkan blog ni berhabuk!!

Saya dah tak ada talian internet di rumah, hanya mengharapkan data plan di hand phone sahaja untuk ber-internet. Menaip di hand phone tidak semudah menaip di keyboard ni. Menaip blog entry di keyboard lebih lancar dan menyeronokkan. Kena aktifkan streamyx semula kot..

Dental Treatment

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Saya doakan anda yang mengunjungi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Penyayang. Saya doakan anda Kaya Dan Berjaya di dunia dan akhirat. Apa khabar anda hari ini?

Hari ini saya mendapatkan rawatan gigi. Tahun lepas saya telah menjalani rawatan tampalan gigi, malangnya tampalan itu tercabut dalam sebulan dua ini. Sebelum Ramadan tiba, saya berfikir adalah lebih baik saya mendapatkan rawatan tampalan gigi. Alhamdulillah, pagi tadi saya telah selamat menjalani rawatan tersebut.

Ini adalah kali pertama saya ke Klinik Pergigian Dr. Juliana di Kulim ini. Saya teruja dengan suasana dalam klinik itu yang selesa dan santai. Rawatan dan layanan yang diberikan juga sangat baik. Selepas ini saya bercadang untuk dapatkan rawatan orthodontic pula.

Disebabkan Doktor bagi rehat satu hari, balik daripada klinik, saya ke Tabung Haji untuk kemaskini buku akaun. Alhamdulillah, rasa senang hati tengok baki akaun, tapi masih belum puas hati sepenuhnya, jadi harus usaha lebih lagi.

Selepas makan tengah hari, gigi dan gusi rasa sakit. Patutlah Doktor bagi MC tadi, siap ada dua jenis antibiotik dan sejenis ubat tahan sakit. Rasa denyut-denyut di bahagian tampalan itu. Doktor pun memang ada tunjukkan keadaan gigi yang berlubang; agak dalam lubang itu hingga sudah kelihatan gusi. Sementara nak serasi dengan tampalan, tu yang sakit tu agaknya. Takpelah, dah selamat dah pun.

Berpantang dengan mudah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Sehari sebelum saya ke Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan di Kuala Lumpur iaitu pada 20 May 2015, saya telah dihubungi oleh orang ibu yang sarat hamil. Sebenarnya sudah beberapa kali saya dihubungi oleh Sis Suliza berkenaan set berpantang daripada IbuSuri. Bermula dengan tanya-tanya dahulu, akhirnya Sis Suliza membuat keputusan mencuba Tungku Batu Herba, Tuam Bayi dan Mandian Herba daripada IbuSuri. 

Malam sebelum saya bertolak ke Kuala Lumpur, saya COD produk penjagaan ibu berpantang ini ke rumah Sis Suliza. Alahai, sangat tidak jauh daripada rumah saya. Saya juga berbesar hati menghantar sendiri produk penjagaan ibu berpantang tersebut kepada Sis Suliza.

Saya telah menerangkan cara penggunaan Tungku Batu Herba, Tuam Bayi dan Mandian Herba kepada Sis Suliza. Malah, saya juga mengajar bagaimana Sis Suliza boleh berjimat dalam penggunaan Mandian Herba. Setelah berpuas hati dengan penerangan saya, saya pun pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk perjalanan keesokan paginya.

Rupa-rupanya pada 23 May 2015, Sis Suliza telah selamat melahirkan bayinya yang kedua. Ketika itu saya sedang khusyuk menyerap elmu daripada Dr.Azizan Osman.

Selepas pulang daripada Kuala Lumpur, saya telah menghubungi Sis Suliza untuk bertanya khabar. Pada saat itulah saya mendapat berita daripadanya. Dan yang BEST sekali, Sis Suliza telah memberikan testimoni yang SUPERB berkenaan Tungku Batu Herba dan Mandian Herba daripada IbuSuri. 

Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur dapat membantu dan memudahkan ibu-ibu yang berpantang ni.




Travelog Langkawi 3

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Hari kedua kami di Langkawi dimulakan seawal yang boleh. Selepas solat Subuh, kami terus ke pantai untuk menikmati bayu pagi yang bersih dan segar. Subhanallah, cantik sungguh langit subuh! Rasa tenang dan bersyukur berada di sini.






Selepas bersiar-siar di pantai, kami pulang ke hotel untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak pengurusan hotel. Teruja dapat makan sarapan tepi pantai. Feeling-feeling jutawan gitu. Aameen3x.


Sarapan yang disediakan ialah bihun singapore, lontong, roti bakar, buah tembikai dan cereal. Tak banyak jenis sangat, tapi itupun dah cukup baik. Bukan makan pelahap sangat kan.


Selepas bersarapan, kami bersedia untuk aktiviti Island Hopping. Semalamnya kami telah beli pakej ini di kaunter pertanyaan hotel. Mungkin pihak pengurusan hotel dengan pengusaha bot telah bekerjasama untuk menyediakan aktiviti ini.

Lebih kurang pukul 9 pagi sebuah van telah datang menjemput kami ke kawasan pelabuhan bot-bot kecil. Dari sini kami akan di bawa ke tiga buah pulau dalam aktiviti Island Hopping.



Pulau pertama yang kami tuju ialah Pulau Dayang Bunting. Kemudian ke Pulau Beras Basah, dan terakhir ke Pulau Singa Besar.

Tasik Dayang Bunting berada di Pulau Dayang Bunting. Dikhabarkan kedalaman tasik ini melebihi ketinggian dua tiang elektrik. Pengunjung dimestikan memakai life jacket sebelum masuk ke dalam air. Terdapat pengusaha aktiviti Island Hopping yang membenarkan pengunjung menggunakan life jacket yang sama semasa menaiki bot. Namun jika tidak, pengunjung hanya perlu menyewa sehelai life jacket berharga RM5 sahaja.

Saya dan Adek bergilir-gilir turun ke dalam air, jadi kami menyewa sehelai life jacket sahaja. Bestnya berada di dalam air, tapi agak gayat sebab kaki tak cecah. Dub dab dub dab juga masa nak masuk dalam air tu.


Bagaimana saya boleh ke IMKK Mei 2015?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم


*Senyum* Saya doakan anda yang mengunjungi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Penyayang. Saya doakan anda Kaya Dan Berjaya di dunia dan akhirat.

Dalam beberapa entry ke hadapan, saya ingin berkongsi pengalaman saya ke seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan anjuran Richworks. Seminar baru sahaja berakhir pada Ahad lepas, bermakna sudah 4 hari ia berlalu. Namun, IMKK kali ini sangat terkesan di dalam hati saya. Saya sangat enjoy dengan perkongsian daripada Sifu kesayangan saya, Dr. Hj. Azizan Osman. *I love his SMILE*

Namun begitu, mari saya bawakan anda bagaimana saya boleh ke IMKK pada 21~24 Mei 2015 yang lepas.

Pada 12 April lalu saya menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa di Kepala Batas, Pulau Pinang. Saya kerap ke seminar percuma Dr. Azizan sejak tahun 2013 lagi. Setiap kali Richworks menganjurkan seminar yang berdekatan dengan Kulim, pasti saya akan hadir. Kenapa? Recharge nama dia. Tuan Hj. Jerry Zafrul Rizal pernah sebut beberapa kali dalam Seminar Millionaire Marketing Mastery Mei 2014, "repetition is a mother of understanding". Saya sedar bahawa untuk lebih faham saya perlu repeat datang seminar Dr. Azizan supaya saya boleh recharge the energy.

Usai HLB, saya telah mendaftar untuk ke IMKK Mei 2015 atas tiket Super Supreme. Mengapa Super Supreme, mahal sangat tu? Tidak, saya telah bertekad bahawa saya hanya akan ke IMKK dengan seat Super Supreme! Pengalaman IMKK Jun 2014 dengan seat General sangat mengecewakan saya. Saya tak mahu pengalaman itu berulang. Saya mahukan aura positif yang sangat kuat, sebab itu saya MESTI ke IMKK atas tiket Super Supreme. Pada gambaran saya ketika itu, best nya duduk di kalangan Super Supreme yang tentunya komited dengan perkongsian daripada Dr. Azizan, dengan semangat dan aura yang tinggi, duduk betul-betul dekat dengan Sifu...MasyaAllah pastinya akan menjadi pengalaman yang berbeza.

Alhamdulillah, oleh kerana saya mendaftar dan membuat bayaran penuh pada hari yang sama, saya telah dapat waiver RM2000 menjadikan tiket Super Supreme itu berharga RM2997. Saya kata pada diri saya, "Takpe, inilah duit yang telah saya kumpul dalam tabung EDU selama hampir setahun". Saya tak akan pernah rugi melabur untuk elmu.



Alhamdulillah, memang saya tak rugi malah sangat sangat sangat beruntung dapat mengikuti Seminar IMKK Mei 2015. InsyaAllah akan saya kongsikan pengalaman hebat saya di IMKK Mei 2015 dalam entry yang seterusnya.

Semasa di HLB tersebut, saya telah mengambil aura anak muda yang telah berjaya mempunyai pendapatan lebih RM70,000 sebulan. Inilah Ozir Zuri, pemuda yang tidak bekerja di mana-mana syarikat selepas tamat pengajian universiti kerana telah mencabar diri berniaga dengan modal RM300 sahaja selepas menghadiri seminar Dr. Azizan.


Dr. Azizan selalu berpesan, "start small, dream big!". Itulah yang Ozir lakukan dan Alhamdulillah dia telah berjaya. Tahniah Ozir!!

Travelog Langkawi 2

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Ini adalah sambungan kepada Travelog Langkawi 1 dalam entry sebelumnya. Lama noo nak tunggu sambungan kedua ye..? Mana tak nya, letih.. sama letihnya ke hulu ke hilir Pantai Cenang mencari bilik motel yang bersesuaian dengan budget. Busuk dan letih tak dapat nak digambarkan, akhirnya saya dan Adek Somey terjelepok dalam chalet kayu yang kami idamkan. Kami merehatkan diri lebih kurang 1 jam setengah di dalam chalet sebelum menyambung aktiviti.

Selepas solat Jamak Ta'akhir Asar dan Zuhur, kami bersiap untuk bersiar-siar di persisiran Pantai Cenang. Delta Motel and Restaurant merupakan motel yang paling hujung, malah sangat dekat dengan sign "Langkawi Permata Kedah". Ini pertama kali saya sampai kat hujung Pantai Cenang ni. Menarik sangat tempat ni sebab terdapat sebuah restoran bernama The Cliff di situ. Laman The Cliff ni dihias cantik, dari situ kita dapat lihat pemandangan Pantai Cenang dari sisi lain yang sangat cantik.






Buat pertama kali, di sinilah saya mula pandai menggunakan panorama kamera Sony Ericsson Xperia Arc S saya. Hasilnya..superb!



Kami banyak mengabadikan moment yang cantik di sini sampaikan ralit tak sedar dah agak lewat petang. Haish..nak buat macam mana, kami teruja sangat!

Selepas entah berapa banyak photo yang sempat kami snap, kami bergerak ke kedai bebas cukai di bangunan UnderWater World. Jalan masuk ke Delta Motel and Restaurant memang bersebelahan dengan UnderWater World, jadi sangat dekat untuk kami berjalan kaki sahaja. Tujuan ke situ bukan nak tengok penguin pun..hehehe kami nak survey harga chocolates yang kawan-kawan pesan. Sambil-sambil cuci mata dan ofcoz snap gambar lagi!




Saya ada catitkan beberapa jenis chocolates yang available beserta harganya di situ.

Ok, selepas buat survey di UnderWater World perut pun lapar. Ada sahabat Adek Somey yang tinggal di Langkawi mencadangkan kami makan di Restoran Veena di pekan Kuah. Disebabkan kami memang nak menuju ke Kuah untuk survey chocolate di HIG (Haji Ismail Group) pula, kami pun bersetuju untuk cari di mana lah lokasi Veena tu. Ketika sampai di pekan Kuah, hujan renyai-renyai mulai turun, berpusing-pusing kami cari di mana Veena, akhirnya jumpa juga. Yeay, makan!!



Selepas makan barulah kami ke HIG untuk menjamu mata. Saya plan nak shopping di Idaman Suri juga, jadi tak lah melihat-lihat barangan rumah di situ. Sekadar survey harga chocolate sahaja. Kononnya selepas survey chocolate nak singgah ke Dataran Lang, tapi masa tu dah pukul 10 gitu.. Ada rasa gentar di dalam hati nak drive dari Kuah ke Cenang lewat malam. Tak jadilah, Adek.. Kita balik chalet lah..hahahaha!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Kalau nak variety chocolate yang best, UnderWater World lah tempatnya. Tapi nak harga yang sedikit murah, boleh gi HIG. Tapi waktu ni saya tak perasan yang HIG tak cukup variety, tengok harga yang murah je. Akibatnya, ada beberapa pesanan kawan-kawan yang tak dapat dipenuhi. Agak terkilan sedikit di situ...

up