Balik.Kampung.Mode

Michael Buble - Home

Another summer day

Has come and gone away

In Paris and Rome

But I wanna go home

Mmmmmmmm



May be surrounded by

A million people I

Still feel all alone

I just wanna go home

Oh, I miss you, you know



And I’ve been keeping all the letters that I wrote to you

Each one a line or two

“I’m fine baby, how are you?”

Well I would send them but I know that it’s just not enough

My words were cold and flat

And you deserve more than that



Another aeroplane

Another sunny place

I’m lucky, I know

But I wanna go home

Mmmm, I’ve got to go home



Let me go home

I’m just too far from where you are

I wanna come home



And I feel just like I’m living someone else’s life

It’s like I just stepped outside

When everything was going right

And I know just why you could not

Come along with me

'Cause this was not your dream

But you always believed in me



Another winter day has come

And gone away

In even Paris and Rome

And I wanna go home

Let me go home



And I’m surrounded by

A million people I

Still feel all alone

Oh, let me go home

Oh, I miss you, you know



Let me go home

I’ve had my run

Baby, I’m done

I gotta go home

Let me go home

It will all be all right

I’ll be home tonight

I’m coming back home

Tokey.Plush-Magnet.Dah.Kawen

Entry basi! Tapi orangnye tak, okay...

Dah dekat seminggu pun, tapi hari ni baru berkesempatan nak menaip. 3 4 hari ni sangat busy di opis, balik umah terus je berehat-rehat dan berkubang atas katil. *En.Syg tnya, kenapa saya gunakan perkataan 'berkubang'? Anda ada jawapannya?*

Ok, back to main point. Majlis nikah Ayu dan Fairuzy aka Jawa. Saya datang hari Ahad tu. Overall sempoi je, tapi sempurna bagi saya. Yang wajib kan akad tu, yang len tu adalah pilihan kita nak buat camne.

Saya sampai jugak kat masjid tempat dorg nikah tu selepas melalui beberapa dugaan. Sebabnya tetiba dapat tau xde orang yg blh bwk sy ke situ; Abah ke Port Klang, Abang Yus plak ke Semenyih. Semalaman fikir mana nak cari transport. Kembara dah tak boleh start. Akhirnya pilihan terakhir ialah Kancil Abang Apis. Itupun setelah menyusahkan banyak pihak demi sebuah transport. *Emm benda xbest, malas la nak citer. Tak elok ungkit*

Dari Selayang ke Sungai Buloh dengan Kancil plate number Johor, akhirnya jumpa jugak masjid tersebut setelah terlajak ke Sungai Pelong. Sesampai je kat ctu, majlis akad dah selesai. Sesi bergambar mengambil tempat. Aisey..tak sempat la tengok Ayu kesat ayaq mata kot. Hehehe...

Saya tumpang happy tengok dorg. Tahun depan kot turn saya. InsyaAllah. Jom layan photo dorg. Hari Sabtu ni majlis resepsi pulak. Yeahhh..saya balik KL lagi!

Cerita.Malam.Minggu

Berlintas langsung dari Selayang.

Syok balik jumpa famili, tadi g kuar makan dengan mak abah dan adik-adik. Venue bertukar dari Kedai Wak ke Joe Seafood. Lama tak makan hidang ramai-ramai kat luar. Makan dengan individual menu tak meriah, kalau makan hidang ni syok sebab boleh rebut-rebut. Huahaha..syokk!

Menu wajib untuk makan hidang; tom yam, telur dadar, kailan ikan masin, siakap stim, sotong goreng tepung. Nasi putih 6 pinggan + 1 untuk nasi tambah.

Makan dengan tangan lagi syok kalau 'berperang' rebut makanan. Sebaik hidangan pertama sampai, cepat-cepat g basuh tangan. Pup pap pup pap, habis makan...burpp kenyang sangat.

Disebabkan saya yang ajak famili kuar makan, jadi saya hulur-hulur la sikit. Ingatkan nanti abah tambah sikit je la, tapi rupanya banyak jugak. Untuk 6 orang makan, RM100 habis. Tapi ok la what??? Purata sorang RM16 untuk dinner supper tadi.

p/s nanti rajin sy upload muka-muka lapo tadi..

Perasan

When u know u are actually have some so called silent reader(s) who may search for u almost every day, u probably feel kind of responsiblity to update ur blog and not disappoint ur silent reader with no update.

Sorry peep, terlalu malas untuk update belog ini. Sorry menghampakan kamu sume.

p/s Jgn carik saya, saya sudah perasan popular ni. Eceh.... =P

Demi.Tiket.Murah

Semalam lagi dah kecoh pasal ni. Tapi hari ni baru nak bertindak, then dah terlambat. Bila try book utk sorg, dpt la tiket RM19 PEN-KCH pd 8hb tu. Bila book utk 2 org, dpt tiket RM70 PEN-KCH. Bermakna seat RM19 tu tinggal 1.

Tiket balik 11hb ok, RM70; tak naik, xturun dari harga msa first time viewed.

Pikir punya pikir..last-last xbeli pon. Walaupun harga ditawar separuh dari harga asal, tetap xmo book sebab xdpt tiket RM19.

Hah kalau nak sgt yang murah, hambek ko! Seminggu la ko merayap kat Kuchen tu.

Tak.Jadi.Muvee.Marathon

Saya demam sejak malam tadi selepas balik dari kje. Bersin-bersin langsung selsema dan sakit kepala. Kalau g clinic, mesti Dr.Rusli cakap saya demam sebab resdong.

Plannya hari ni nak hiburkan hati dengan muvee marathon, tapi dengan syarat duit gaji dah masuk. Sehingga saat entry ni ditaip, duit gaji tak masuk-masuk lagi. Tambah pulak dengan saya yang tak sehat ni. So muvee marathon di'postpone' ke tarikh yang belum ditetapkan.

Muvee yang bakal di'marathon'kan ialah:-

  1. Rapunzel : A Tangled Tale (I insisted!)
  2. Unstoppable (I insisted too!)
  3. Skyline (Someone insisted)
  4. The Social Network (Someone insisted)
Hati terpaut sejak tengok trailer Rapunzel kat Nuffnang 2 minggu lepas, tinggal tunggu gaji masuk je ni. Uwaa..tak sehat pulak.

Beautiful.Liar

When a [[girl]] is quiet......millions of things are running in her mind.

When a [[girl]] is not arguing she is thinking deeply.

When a [[girl]] looks at you with eyes full of questions she is wondering how long you'll be around.

When a [[girl]] says she is fine she isnt.

When a [[girl]] stares at you she is wondering why you're liying.

When a [[girl]] lays on your chest she wants you to be hers forever.

When a [[girl]] wants to see you everyday she wants to be pampered.

When a [[girl]] says ''I love you'' she means it.

When a [[girl]] says ''I miss you'' noone in this world can miss you that much.



source: http://skin.bebo.com/BlogView.jsp?MemberId=4057894497&BlogId=8057280634



*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *
I'm going to go ahead and give you all the "Girl code for dummies" lesson because lately some certain guys have REALLY needed it! It's not hard to learn or comprehend, as long as you open your eyes you will see it very clearly.
Let's begin with the ABC's
When a girl is fishing for compliments it is very obvious,
Example: "I look horrible today"
Right answer(rare): No you look beautiful
Wrong answer(common): aw don't say that.
The ABC's are three words
Adorable
Beautiful
Cute
I'd say that's easier then your Kindergarden alphabet huh? Now let's move on to the actual language of girls.
When a girl is quiet, it's because of two things.
1. She wants you to kiss her and she's being quiet and staring at you smiling *cough* obvious
2. She is pissed off or something is bothering her *cough**cough* obvious!
Most of the time guys can pick up on the first one but not the second. Hmm I wonder why?
When a girl says she is fine.... She's the exact opposite of fine. Now when a girl says she's AMAZING, FANTASTIC, etc in a non sarcastic way then she really means in sincerely. Fine is one sylloble. It's easy for a girl to spit out when she's pissed at you and honestly, it's the biggest hint in the book that she's really NOT okay.
Also guys, girls think to much. I'm gonna be honest we think TOO much, so it's important that if you really do care that you constantly find ways to prove it because at the slightest whim of concern the girl is like "omg he was so weird to me!" or something along those lines.
Laymens terms: If she's worth it, prove it. Show her the attention she deserves. If you don't like her, what better way to hint it. That's the thing though, only use that if you DON'T LIKE HER.

Gantung

Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih…

Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu


Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti


Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

p/s bukan dia, tapi saya..saya menggantung, dia sakit

Yang.Sudah.Tu.Sudahlah

Mati adalah jawapan bagi yang putus harapan. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah hati tak putus berharap. Hidup adalah harapan, ini pendapat saya. Walaupun berkali-kali kecewa bila harapan tak menjadi kenyataan, saya masih tak putus berharap. Namun mungkin saya seharusnya tak meletakkan harapan itu terlalu tinggi. Jatuh bangun, suka duka adalah kehidupan. Mana mungkin saya berhenti berharap kalau nyawa masih di badan.

Saya tak mahu berhenti berharap. Tapi saya tak mahu kecewa lagi. Maka dengan itu, saya tak akan mohon cuti pada awal bulan depan. Cuti Awal Muharram jatuh pada hari Selasa. Sebenarnya ini peluang saya untuk mohon cuti pada 6hb, hari Isnin tu dan bercuti di KL.




Sebagai seorang yang diberikan Allah rezeki jauh dari keluarga,  tentulah saya sentiasa ambil peluang macam ni. Namun saya kenal diri saya. Kalau saya balik, saya tentu akan letakkan harapan. Dan saya SANGAT YAKIN harapan saya akan hancur lagi. Saya tak nak kecewa lagi, saya tak nak menangis lagi. Biar saya jauh di sini, bila jauh tiadalah harapan. Tiada harapan bermaksud tiada kekecewaan. Tiada rasa sakit~

Adik.Rindu.Mak

Di saat ini saya sangat rindukan mak. Saya butuhkan kehadirannya. Saya ingin menangis di dalam pelukan hangatnya. Rasa terkilan pada diri sendiri kerana di malam itu saya tak teruskan saja keinginan untuk menangis di pelukannya. Saya tahankan saja rasa itu sebab saya malu untuk menangis di depannya. Tambahan pula saya tak mahu dia melihat saya sedih. Kesedihan saya pastinya mengguris perasaan keibuannya. Saya harus tabah di depannya walaupun hakikatnya saya mengongoi sendirian di dalam bilik.

When.Dream.Just.A.Dream

Apabila harapan tak menjadi kenyataan. Apabila impian hanyalah sekadar mimpi. Aku kecewa.

21 Nov 2010 hanyalah sekadar mimpi di siang hari.

-18 Nov 2010
Kuala Lumpur-

Adap.Tumpang.Payung

Sejak akhir-akhir ni kan hujan je. Kalau tak hujan pagi, hujan petang pulak. Jadi payung memang stand by bawak pergi balik ofis la. Tadi petang masa nak balik, hujan pulak.

Di staff entrance, ada itu satu worang Encik ni cakap "pinjam payung u". Saya pun kasi jawab, "mna boleh, i pun nak pkai jugak". "Tumpang sekali la".

Saya diamkan saja, tapi segan pulak klu menolak. Tak gentlemen pulak rasanya. Hahaha wajarkah seorang wanita itu gentlemen? Ok, jadi saya pun berjalan perlahan sambil menunggu Encik itu scan-out laptop dia kat mak guard.

Nak dijadikan alasan, keta Encik tu pun dekat jugak dengan keta saya dipakir. Hadoi, memang xle tolak la kan. Ok, buka payung dan mula berjalan. Dari entrance ke parking lot ade lah kira-kira 200 meter. Kuyup gak tu klu tak berpayung. At first saya yang pegang payung tu walaupun dia lebih tinggi.
source: Google

I dont mind. Tapi pahtu dia nak pegang payung tu, I dont mind also. Ok, then here comes the issue. Apsal itu worang jalan banyak cepat? Hello, kamu tu lelaki! Saya ini tuan punya payung perempuan juga.. Sekurang-kurangnya, 1 langkah kamu bersamaan 1 1/2 langkah saya. Jalan kasi perlahan sikit la! Rasa nak jerit je btau sama itu Encik.

Satu hal lagi, bila dia yang pegang payung tu, dia plak la ter'cover' lebih. Takkan lah saya nak jalan rapat-rapat dengan dia pulak kan? Basah jugak la lengan baju saya tadi. So guyz, here are the rules when u sharing an umbrella with someone.
1. Sedar yang awak tu tumpang payung orang (kalau si empunya, sila abaikan)

2. Agih perlindungan secara adil. Jangan bolot sendiri!
source: Google

3. Jalan seiring. Tak terlalu cepat, tak terlalu perlahan
source: Google

4. Better kalau share dengan orang yang hampir sama tinggi
source: Google

Very simple rule. Kalau tak boleh follow simple rule ni, buat camni je. Case closed! Muahaha..
source: Google

My.Pets

Mengada-ngada nak show off birthday present dari Ayu. Tadaaa..

Cute kan? Thanks Ayu

Saya ni jenis tak pandai bela makhluk bernyawa macam kucing atau ikan. Pokok jauh sekali, tapi kalau rumput dan lalang, InsyaAllah memang segar di laman..hehehe. So bila dapat present macam ni, suka jugak la. Sekurang-kurangnya ade jugak haiwan yang dibela..hahaha.

Tapi kesian pulak tengok Chomote sekor-sekor kat cube saya, jadi saya pun belikanlah kawan untuk dia. Mereka adalah Brother Bear, Hyppo Wippo dan Kiela the Koala

An everlasting friendship; Brother Bear, Chomote, Hyppo Wippo and Kiela the Koala

Sekarang Chomote dah pun berteman. Saya janji akan jaga kamu betol-betol. Sumpah kamu takkan mati! Percaya ye...

30.tolak.14.campur.10

Happy Birthday!

Besday yang ke-26 pada tahun 2010, bulan November
Bertemu hari Isnin dengan Monday Blues, so kureng best
Pulak tu baru semalam balik dari KL..uwaa masih xpuas di sana

Tak mengharapkan ape2 yang istimewa hari ni
Sekadar ketenangan bukan kekalutan
Alhamdulillah, sudah menjelang petang dan tiada kekalutan
Cuma...masih gagal memujuk orang tu
Entah ape ntah yang mengganggu dia sampai merajuk
Haishh..sedey jugak rasanya
Di hari istimewa, dia pulak merajuk ngan kita..hurmm

Ok, lupakan sekejap pasal tu
Nak cakap pasal sesuatu yang lain
Dulu masa LI kat kilang kat Senawang
Bila tiba birthday employee, dia dapat present dari company
Tak kisahlah amende, paling busuk pun mug air

Tapi kat kilang sekarang ni, cuma bagi card
Opss, bukan card..sorry. E-Card sebenarnye
Pepagi tadi ada la email dari admin to wish for birthday
Kena login untuk view e-birthday card tu
Kalau sepuloh kali login, sepuloh kali kuar camni


Hek eleh, dah la bagi e-card je..
Nak view pon tak dapat..mende ntah!
Ikhlas ke tak, atau hanya sekadar ada je
Seb baik dapat present dari Ayu tadi...hehe terubat hati
Thanks, Ayu  Cover Up

Happy.Anniversary

1 YEAR EMPLOYMENT!

Congrats untuk diri sendiri
Kje rajin-rajin, elok-elok
Banyakkan belajar, ok

First time in the company, and today. Not much different

Potong.Cakar.Bakar.Haha

Oh, ini bukan iklan broadband, urutan mahupun pembunuhan. Ini adalah entry tentang aktiviti 3 bulan sekali. Ya, rumputlah yang kita maksudkan. Ok, bersihkan fikiran masing-masing....... Dah? Alhamdulillah.

Saya dan housemates menyewa sebuah rumah teres 1 tingkat lot tepi. Tanah yang lebih tu luas jugak, boleh bina sebuah lagi rumah di situ. Dan menanam rumput yang tinggi melebihi ketinggian saya..hee.

Selepas bertahan dengan rumput yang tinggi selama lebih 2 bulan, kami pun buat keputusan panggil abang tukang mesin rumput tu. Murah je service abang tu, RM20 je (tak tau plak kalau dia saja bagi murah sebab saya comel...uwek..)

Persediaan awal, kereta diparkir di luar pagar rumah demi mengelakkan body kereta calar akibat batu-batu kecik yang mungkin terpelanting semasa pembersihan. Disebabkan hari Sabtu dah penat-penat sopin, so mestilah hari Ahad nak tido puas-puas. Kalau abang tu datang dalam pukul 9am, masa tu lah baru nak alih kereta..sure la terganggu tido. So dah park keta kat luar siap-siap malam tu.

Ni photo selepas abang tu siap mesin

Proses pemotongan rumput tu berakhir dalam pukul 10.30am (kot! sebab tak perasan ntah bila abang tu balik). Pukul 11.30 gitu, saya dan housemate mula meninjau keadaan di luar. Disebabkan murah, abang tu tak bersihkan kawasan tu. Siap-siap je dia terus blah. So kami pun mulakan menyapu, mengais rumput-rumput dan kumpulkan. Semuanya ada 3 kumpulan, pastu kami pun bakarlah rumput-rumput tu.  

Pembakaran terbuka bermula

Yeah sudah mula menampakkan kejayaan!

Huhuuu..asap yang putih dan cantik macam kapas (photo tak berjaya menampakkan ia menarik, kena alami sendiri..hee)

Cuaca memihak pada kitorg hari tu. Walaupun kami start pukul 11.30am, yang biasanya cuaca mula rembang, tapi hari tu cuaca redup je. Walaupun awan nampak berat, tapi tak hujan hinggalah kami selesai membakar. Kami penat sangat, tapi puas hati tengok laman dah bersih. Bermain-main asap (sampai jiran hantar anak kecik dia marah kami membakar..hee), tarik-tarik rumput, tebas daun pisang kering buat pemangkin pembakaran, tanam pokok bunga dalam pasu dsb. Seronok buat kje sama-sama.

Fogging. Hapuskan Aedes  Rolly 3 

4 jam kami di luar membersihkan laman. Letih tapi seronok. Lepas mandi dan solat, saya pun baring-baring luruskan pinggang. Nak tido tapi tak terlelap. Mungkin terlalu penat sampai tak boleh lelap. Golek-golek atas katil sampailah rasa lapar. Kletang-kletung bunyi kat meja makan, rupanya Kak Na tengah uli tepung untuk buat roti arab. Alhamdulillah, ade rezki petang tu.

Sesekali.Manjakan.Diri

Hari tu hari Jumaat. Balik kje lewat cket, dekat kul 8 baru balik (extra 3 hours without claimed OT, sbb xbley maa). Lepas mandi tetiba dapat SMS; "Akak wtpe?". Ni ayat permulaan yang kemudian disusuli dengan ajakan ke cinema. Malas sebenarnya, tapi kesian pulak kat si kurus tu..hee tambah pulak dia nak belanja tengok muvee. ON je la, teman je pun bukan susah kan?

Siap-siap dengan cepat; pakai tudung 'seghelong' kata orang Kedah. Tunggu tak sampai 5 minit, sampailah orang yang mengajak tu. Bagus, dia pun sempoi je. Bak kata dia, "ala Giant je pun, tak yah cantik-cantik"..hee  Teethy

Ok, dah siap. Tudung seghelong  Goofy 

Kami gamble je g situ sebab tak pasti ada lagi ke tak muvee masa tu. Kami gerak pun dah lebih kul 9, memang gamble je la. Kalau nasib baik, dapatlah tengok muvee. Bila sampai sana, rupanya ada je midnight muvee, ingatkan kat situ last show kul 9.30pm. Kul 11pm pun masih ade muvee. Tengok-tengok kat show board tu, takde la sangat muvee yang best. Tapi disebabkan dah sampai, rembat je Adele : Rise of Mummy.

Ni lah si kurus tu, Cik Siti ~ Adore her smiling face

Esoknya hati digaru-garu dengan perasaan NAK SOPINNN! Ahh, dia mula dah.. Buat pape pun tak kena. Ok, harus sopin. Dah tau dah nak ajak sape..hee  Goofy . Malam tadi dia ajak kita, hari ni kita ajak dia plak. Saya pun text la dia, wah jawapannya sangat memberansangkan. Nak aje dia..

Dalam pukul 12pm kitorg gerak g Jusco Perda (macam xde tempat len, tapi udah tempat feberet..so layann). Petua sebelum sopin, kena makan dlu. Sebab bila dah kenyang, nafsu kita dah kurang sikit. Ini membantu kita tak membeli barangan yang tak sepatutnya. Ok, got it? So makan dlu di Nandos. Tukar selera sikit, asik g McD, KFC, SR je..sesekali ubah selera la. Hahaha..actually ni first time masuk Nandos. Saya ni jenis tak reti mencuba, kalau ada kkawan takde la segan sangat  Teethy .



Saya suka enterior dia, berseri-seri. Color-color dia menarik dan blended. Kalau amek gambar dalam ni, confirm cantik la. Tambah pulak kalau ada skil photography dengan DSLR. Saya guna Nikon compact je..hee.

Dorg patut buat kaunter dekat sudut berhampiran pasu tu. 

Ni meal saya tengahari tu; 1/4 Chicken + 2 sideline

Lepas makan, barulah boleh sopin. Dari pukul 12++pm, sampai lah pukul 7++pm kami membakar lemak dengan berjalan ke sana ke mari mencuci mata dan sopin. Hasilnya, dapatlah 5 helai baju, dan beberapa barang dari Watson.


Ni je photo yang sempat snapped masa sopin

Penyakit.Malas.Bayar.Hutang

Gaji dah masuk, beberapa barang yang bukan keperluan dah dibeli, tapi..hutang kereta, hutang laptop dan beberapa hutang lagi belum dibayar. Asal nak masuk cimbclicks atau maybank2u je, mesti datang penyakit malas. Tambah pulak klu kna request TAC.

Xbley, xbley...hutang mesti bayar. Nanti bila mati xselamat...percayalah.
Ok, ok..nanti sat-sat lagi bila penyakit malas hilang, kita login semula k (pujuk hati sendiri..hee)

Kekuatan.Berkurang.-1.5

Dulu 0.1, sekarang turun ke -1.4. Oh, saya semakin tua.

Keputusan ujian Anlene Bone Health Check semalam di in-plant clinic. Setahun lepas masih boleh berbangga dengan keputusan di dalam zone hijau, tapi tahun ni menyusut ke zone merah.

Memang dah lama tak minum susu sebagai rutin harian. Kalau beli sepeket susu 1kg tu, susah betul nak habiskan sebab takde disiplin. Bancuh bila teringat je. Selalu sangat susu tepung tu keras dalam container sebelum sempat habiskan separuh. Pastu hukumnya buang dalam tong sampah.

Kalau sesetengah orang tak suka minum susu, malah rasa nak muntah balik bila minum, tapi saya okay je. Tapi dulu memang tak bley minum susu tanpa perisa, kalau yang full cream milk tu sure tak minum sebab rasa macam hanyir. Sekarang dah tak lagi, InsyaAllah bagilah yang low fat ke, full cream ke..telan je. Delicious!

So camne ni? Nak beli semula ke susu tepung? Kang jadi lagi macam sebelum ni, keras je dalam container. Atau kita minum je la susu Dutch Lady yang dah tersiap sedia tu, kan. Masuk dalam fridge, bila nak minum tinggal tuang je. Sejuk pulak tu...aihh heaven!

Ada.Byk.Duit.Pon.Xguna

....kalau xbley kuarkan. System Offline! Dem, dah la duit xcukup dalam purse ni. Sekadar ade sehengget je, nak makan ape wei!

Mengarut

Tahun ni adalah tahun ke-3 saya dalam Blogger. Dah banyak hal yang saya mengarut dan mencarutkan di sini. Blog ni merupakan hadiah istimewa untuk diri saya sendiri (dan untuk mereka yang menyayangi saya). Bila baca semula coretan saya selama ini, saya sedar dah banyak perkara berlaku dalam hidup saya. Perkara-perkara tu mungkin tak akan muncul lagi dalam hidup saya di masa-masa akan datang. Beruntung jugalah sebab saya sempat catatkan di sini sebelum saya terlupa, maka pada masa seterusnya saya dapat imbas kembali memori dengan bantuan coretan di sini.

Tahun ni juga tahun pertama saya dengan Nuffnang. Sedang blogger lain dah expert dalam penulisan mereka dan mengumpul ramai follower, saya masih bertatih. Sedang blogger lain dan earned beratus-ratus ringgit, malah beribu-ribu ringgit, saya pula lima puluh ringgit pun belum sampai. Tapi takpe, saya tak kesah sangat tantang tu. Saya gembira menulis di sini untuk sebuah diari kehidupan saya. I may not skillful blogger, but I still happy yet this is how I spend my leisure time.

Saya percaya mereka yang menyayangi saya akan selalu mengunjungi blog ini. I even notice that there are several silent readers for this blog. Hi, guys! Nice to know that you are stalking my blog. NVM, keep visiting okay.. Seriously, I dont mind *cheer*

Kadang-kadang saya sedar saya ni membosankan. Mengarut yang bukan-bukan, syok sendiri, menggunakan ayat-ayat skema (seperti sekarang ini), dan tidak santai. Saya sendiri pun bosan jugak dengan diri saya yang membosankan. But I cant help myself, this is me. This is the way I am - Boring. Seronok baca blog orang lain (hey, saya pun silent reader jugak *wink*), bahasa yang santai sekadar ber'aku-kau', fulled of photos, fulled of activities, banyak info...tapi saya tak dapat lakukan sebaik mereka. Blog saya seperti inilah, boring. Tapi tak kesahlah kan, ada jugak daripada takde.

Yey..! Berjaya jugak saya mengarut lagi di sini. Uols pun baca lah entry ni sampai abis, baik sungguh hati uols. Tapi jangan rasa tertipu, yang di atas ni ikhlas dari saya. Biasanya blogger akan menulis dengan seikhlas hatinya. Kebanyakkannya tak tipu. Uols sendiri boleh nilaikan, kan? Ok, ciao..mo tidur suda. Gudnite, everyone *wink*.

Hilang.Sabar

Arghh tak sabar btol la saya ni. Klu rasa nak buat pape mesti nak buat cepat-cepat. Takmo pikir panjang, suka ikut hati.

Dalam 6 bulan kebelakangan ni hampir setiap hari bila ada masa free mesti browse cari umah utk dijual. Hati saya digaru-garu dengan perasaan 'aku nak beli umah..mesti!'. Antara area yang dicari ialah Bangi, Senawang, Rawang dan Kulim.

Sejak kerajaan umumkan bajet 2011, bertambahlah kuat perasaan tu menggaru-garu di hati saya. Mesti beli rumahhhhhh! Kepala saya pulak dijerit-jerit dengan suara tu. Argh...can't help myself. Bertanya pada En.Syg, dia cakap jangan beli dulu. Dah kawin nanti baru beli, sebab sekarang ni tak tau lagi nak end up kat mana lepas kawin. Tapi saya fikir, apa salahnya klu saya beli je umah kat area Kulim ni. Klu tak duk cni pon lps kawin nanti, saya boleh sewakan.

Area Bangi, Senawang dan Rawang tu adalah potential area yang tinggi yang memungkinkan kami tinggal selepas kawin. Klu Senawang lagi elok, tengah-tengah antara nak balik Selayang dengan Johor. Area Kulim ni klu beli adalah untuk disewakan. Setakat ni, Mak yang bagi sokongan penuh untuk saya beli umah. Yang lain, hambar je. Belum masanya ke?

Siapa.Dulu?

Siapa dulu? Ini bukan tentang dulu itu siapa tau. Erkk, ade ke orang/haiwan yang bernama Dulu? Tapi siapa dulu yang *kata kerja*.  Ok, contohnya siapa dulu yang tahu pasal *** atau siapa dulu yang jumpa duit tu. Haa, camtu lah.

Perasan tak kita ni sentiasa nak cepat, sentiasa nak mendahului orang lain. Heshh, tipu lah klu korang takde perasaan tu. Korang manusia ke bukan? Hehehe~

Tau tak, perasaan tu lah yang boleh jadi duri dalam daging bagi sesuatu hubungan terutamanya persahabatan. Perasaan tu buat kita jadi sentiasa tak puas hati dan nak berlumba-lumba dengan sahabat kita. Dari sudut positif, kita boleh nampak perasaan tu sihat. Tapi risau jugak klu ia boleh bawa kepada sifat dengki hati.

Dalam tak sedar kita banyak berahsia dengan sahabat kita. Lama kelamaan perasaan jauh hati pun muncul. Kan elok klu kita berkongsi setiap hal. Sharing is caring kan?

Saya.Yang.Khilaf

Diberi bunga, tahi yang kau balas? Itulah perumpamaan yang tepat untuk saya. Keselesaan dia dah bagi pada saya. Setiap hari dia berkhidmat untuk saya, tapi apa yang saya bagi pada dia? Tahi! Ya, tahi. Arghh sopan sangat pulak. Toksah sok suci, sebut je betul-betul. Taik!

Betapa saya tak berperikemanusiaan terhadap dia. Lebih tiga hari saya tinggalkan dia di bawah pokok. Saya pula berseronok-seronok dating kat tempat lain. Sampai hati saya meninggalkan dia, lebih sadis bertompok-tompok taik saya bagi pada badannya. Namun sehingga hari ini saya masih belum menyucikan dosa saya terhadap dia.

Maafkan saya, kini saya sudah sedar. Baiklah, mohon saya menyentuh

Color.Ape?

Sedang berkira-kira nak cat rumah. Lagi sebulan nak Raya Haji ni. Hari tu Raya Puasa tak sempat nak mencantikkan rumah. Raya Haji ni la masanya. Tapi nak cat color ape ek?

Mula-mula fikir nak cat color ungu, tapi mak kata pelik pulak. Haish, xkan color merah pulak. Hehehe walaupun color faveret forever saya ialah merah.

Browsed website Nippon Paint tadi. Hopefully blobbies buleh tulun..huhu. Vinilex Easy Wash cambest je. Dengan anak-anak buah yang sedang membesar ni, mesti tercalit jugak hasil seni di dinding. Kalau pilih yang ni mestilah senang dicuci kan?

Candlelight 425 cantik pulak dan sesuai dengan umah yang kecik. Buttercup Bouquet 7023D pun cantik jugak kan? Tapi ni color panas la, ok ke untuk suasana yang tenang. Takut kang

Terhutang.Lagi

Wohoo finally ade masa nak update blog ni lagi. Selepas layan Chinta petang tadi, main-main febuk sambil dengar berita dan selesai lipat kain baju yang dah berminggu-minggu tersadai atas tilam, finally inilah masanya.

Tapi tetiba baru perasan bahawasanya lappy yang sedang digunakan ni adalah lappy office. So, NO photos. Baru je ingat nak update pasal aqiqah, birthday celebration, dating di Johor dengan lunch tengahari semalam. Nampaknya tertangguh lagi la hutang-hutang tu.

Papepun saya ade citer menarik untuk dikongsikan. We are getting seriousssss. Ye..ye..uols xsalah dengar baca. Actually dating di Johor tu merupakan langkah pertama untuk ke fasa seterusnya. Walaupun selepas dua hari berlalu dan matlamat asal tak tercapai atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, namun saya happy sangat. Happy sebab dapat dating..huhu. Semoga ada peluang pada masa depan (hopefully

Abandoned

Blog yang terabai selama lebih seminggu. Walaupun banyak jugak activities yang menarik berlaku selama seminggu ni, tapi tak terluang pulak untuk menulis di sini.

Bermula dengan kenduri aqiqah baby Amin, birthday celebration untuk Fahmi, perjalanan ke Segamat dan Jamuan Terlajak Raya DT-TD di rumah Kak Lisa.

Kalau berkesempatan, InsyaAllah semuanya akan dicatatkan di sini. In the moment, takde feeling nak berblogging. Later maybe..

Dirotan

Tadi tengok video budak sekolah dirotan ibunya sebab ponteng sekolah untuk melencong ke cc. Kesian pun ade, tapi tu sume untuk kebaikan sendiri jugak.

Lantas teringat dulu masa darjah 5, selalu ponteng sekolah. Seingat saya dalam dua minggu jarang ke sekolah dan selalu ponteng. Puncanya mungkin tak munasabah. Tapi sumpah, ia berlaku sebab saya tak suka masuk kelas yang baru. Kelas pertama dalam darjah 5 ketika itu; 5 Hidrogen.

Sejak saya darjah 1, saya ditempatkan di kelas kedua; Helium. Saya sangat happy bersama kawan-kawan saya dan belajar dengan baik (walaupun tak secemerlang budak kelas pertama). Tapi disebabkan saya agak bijak jugak la, selalunya mesti top 10 kelas. Nak dijadikan cerita, pada hujung tahun darjah 4 saya diberitahu oleh cikgu yang saya di'naik'kan ke kelas pertama. Saya tak suke! Sebab bagi saya budak kelas pertama eksyen dan kedekut ilmu..hahaha. Kenyataan yang melampau. Maafkan saya, ini adalah pendapat peribadi

Ego.Sang.Kekasih

Siapa tu? Sayalah.

Camne plak? Merajuk berminggu walaupun dah rindu.

Apsal? Tu kna tnya En.Syg saya.

Sekarang dah ok la? A'ha, dah ok dah...teheee =D

Camne bley ok? En.Syg bg plan baru yang buat saya berdebar. Takutnyer. Doakan saya ye.

Sunway.Velocity.Cambest.Jer

Tinggal di Kulim yang kurang entertainment ni mengujakan saya bila tengok website Sunway Velocity hasil mengetuk iklan Nuffnang di sisi kanan blog ni.

Cambest je Sunway Velocity ni. Bila siap agaknya? Balik KL nanti mesti pegi ni. Woha..tempat sopin beb, mesti syok. Uhuk rindu mau jejalan di mall, makan-makan...click-click (amek gambo lar..). Oh, saya rindu hidup di KL =(

Another.Bundle.of.Joy

Kali ni Kak Lisa pulak. Baby boy named Amin. Simple name, isn't it?

Anak-anak sume diberi nama-nama yang simple (tp ada maksud yg baik).
1. Afiq
2. Anis
3. Alim
4. Aein
5. Atia
6. Amin

Amin, mcm penutup je..hehe. Tp sape tau kot lepas ni ade rezki nak jadikan 4 pairs. Kata Kak Lisa, biar pendek-pendek namanya. Senang...dah sah-sah nanti aku jugak yang kena tulis nama dorang kat Hahaha..betul jugak. Klu panjang sangat namanya, letih woo nak nulis. Bukan sebuah buku je, kurang-kurang 20 buah buku.

Anak.Yatim.Dirai

Hari ni kilang anjurkan jamuan raya bersama anak-anak yatim. Sempena itu jugalah saya berbaju kurung hari ni..hehehe.

Sejak minggu lepas kami dah diberitahu tentang jamuan ni melalui emel. Sesiapa yang berhajat menyumbangkan makanan atau sumbangan lain juga dipelawa. Seperti tahun lepas, sekumpulan antara kami mengumpulkan sumbangan untuk menyediakan sate di jamuan itu. Tak pastilah berapa sumbangan yang terkumpul, tapi dengar-dengar lebih 2000 cucuk sate la.

Majlis bermula di auditorium. Ada persembahan dari anak-anak yatim. Selepas pukul 5 barulah sesi makan-makan. Sebenarnya segan jugak nak join. Kekawan saya kebanyakkannya berpuasa hari ni. Rasa janggal pulak nak join tanpa kekawan. Tapi sebab craving for satay, tebalkan muka la join yang lain. Pahtu ilang plak rasa malu bila dah berborak..huhu.

Take.Care

Dah dua minggu saya kurang sehat. Jadi takde mood untuk bermain-main atau berpoya-poya. Tak banyak aktiviti yang dilakukan sejak dua minggu kebelakangan ni. Tunggulah bila saya dah sehat, nanti tak terkejar pulak updates blog ni. Jaga diri semua, mencegah lebih elok dari mengubati.

p/s saya jarang jatuh sakit, tapi bila dah sakit, lambat pulak nak sehat.

Bundle.of.Joy

Congratulation to my friend, Dil for her first bundle of joy, Alya Sarah. The 2.69kg child was born on Thursday, 16 Sept 2010 at 9.49am in Hospital Sungai Buloh. 16 Sept? Whoa truly Malaysian la!

Sarah, welcome to the beautiful world, dear

I'm.On.Medical.Leave.Today

Hari ke-5 saya demam. Thanks to Dr.Rusli bagi MC hari ni.

Menjelang petang demam datang balik bila seharian kena aircond semalam. Malam tadi mengulangi tindakan yang sama; tidur dalam pukul 9pm selepas amek paracetamol dan solat Isyak, berselimut dan berstokin.

Pagi tadi bangun dengan bulu mata melekat satu sama lain. Cannot open my eyes. Panas dalam hingga kuar taik mata..huhu. Then decided not to go to office. Tido balik selepas solat Subuh sambil menanti pukul 9am. Kalau kuar awal pun xguna gak sebab clinic buka pukul 9am.

Saya yang agak poyo. Sebelum g clinic snap 1 photo dlu.
See demam kan? Mata mcm lepas nangis..huhu

Kembali.Berpura-pura.Kerja

Hari ni kembali ke opis dengan selsema dan sakit kepala. Selepas bercuti lebih seminggu atau lebih tepat 11 hari, rasa sangat malas nak masuk opis, tambah pulak dengan tak sehat camni.

Semalam drive sorang-sorang dari Selayang ke Kulim walaupun kepala rasa berat. Pukul 3.45pm dari tol Rawang, pukul 7.45pm sampai di depan rumah semasa hujan lebat. Nak kata drive laju, tak jugak. Cuma traffic lancar, langsung tak jammed.

Malam tadi demam panas. Pukul 9.15pm camtu dah tidur lepas solat Isyak dan lepas telan 2 biji paracetamol. Huuhh..sejuk sangat walaupun kipas berkelajuan 2 saja. Pakai stokin, selimut badan pastu tidur dengan hidung yang tersumbat. Arghh seksa bila terpaksa bernafas dengan mulut. Sesekali terbatuk apabila tekak kering.

Berhenti.Berharap

Malas dah nak fikir
Tak faham!
Memang la tak faham
Dah dekat pun tak menjenguk, apatah lagi bila jauh
Tak faham!
Tak nak faham!
Harapan tinggal harapan
Lantaklah!
Makin banyak fikir, makin sakit hati
Tak faham........

Ramadhan.Akan.Pergi

Sebak pulak..uhuk
Entah tahun dapat jumpa lagi tak?
Tak banyak amal yang dibuat tahun ni
Rugi rasanya

WoW.InI.YaNg.KiTa.NaK!

“Jika mereka (Israel) bertindak menyerang Iran, ini bermakna bangsa Zionis juga akan hancur dan musnah di muka bumi ini." - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad

Click this link

Cayalah! Inilah semangat yang kita nak. Biarpun kita tak tau ketentuan sama ada menang atau tak, tapi semangat untuk berjuang tu tetap ada. YEAHH!!

Memang emo kalau bicara tentang kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin dan tetamu Palestin yang datang menghulurkan bantuan. Dulu saya tak heran pun tentang issue ni sebab ia macam dah lali. Issue ni kalau tak silap saya dah melarat lebih 600 tahun (err saya patut semak balik sejarah ni..?). Telinga dah tuli dengan kisah kekejaman rejim Laknatullah tu. Sungguh saya tak tersentuh sebelum ni. Ntahlah, mungkin sekarang Allah dah buka minda saya kot. Tapi apa yang boleh saya buat ekk?

Orak.Iso.Oceh.Arek.Jajal

Dino iki nyong orak mareng ndi
Koyo ne sore iki nyong orak eneng kelas
Endas ne wes mumet akeh turu
Arek lungo shopping orak eneng budget
Kepriwe iki? Wes bosen..


Twilight.Spaghetti.Special

Semalam, sekali lagi iftar bersama officemates di rumah saya
Ya, sekali lagi speghetti menjadi main course
Twilight Spaghetti nama yang saya bagi
Nape twilight?
Sebab spaghetti ini resepi Cik Shafaq
Shafaq yang bermaksud twilight
Pulak tu memang dimakan waktu senja
 Istimewanya resepi ini sebab kuahnya dibikin sendiri
Kami boikot Prego

Mari kita telusuri resepi ini secara ringkas
Maaf kalau terkurang di mana-mana sebab saya bukan masternya

Twilight Spaghetti Special

Bahan-bahan:-
1. Spaghetti
2. Tomato puree
3. Sos spaghetti
4. Cili giling
5. Sos tiram 
6. Capsicum
7. Bawang putih
8. Bawang besar
9. Cendawan Shiitake
10. Sosej
11. Daging kisar





Cara-caranya (Awas! Turutannya mungkin kacau-bilau):-
1. Bawang besar, bawang putih, cendawan shiitake dan capsicum dipotong dadu
2. Sosej dihiris tebal. Jangan terlalu nipis supaya tak hilang rasanya
3. Tumiskan bawang besar dan bawang putih
4. Tambahkan sos tiram dalam tumisan
5. Masukkan cili giling, tomato puree dan sos spaghetti, tumis hingga naik bau
6. Gaulkan cendawan dan capsicum, masak hingga agak layu
7. Campurkan daging kisar
8. Terakhir masukkan sosej hingga masak
9. Ape lagi...hidang dan makan dengan spaghetti

Hasil sheng..sheng dalam kuali


Tadaaa...ni yang dah siap dengan spaghettinya.
Siap tapau lagi...haha

p/s seperti biasa, maap dengan kualiti photo. almaklum guna henpon je..


It's.A.Cloudy.Saturday

Oit, tak sedar dah pukul 4 petang.. Ingatkan pukul 11 pagi lagi..huhu.


Hari ni mendung je. Pagi-pagi buta pukul 3 lagi dah hujan lebat. Syok sangat tido sampai nyaris terlepas waktu sahur.

Disebabkan hari ni cuti, maka bergelumang lama di atas katil. Hidup bermula selepas pukul 12 tengahari tadi. Itu pun selepas terjaga dihantui mimpi mengarut di siang hari..hahaha.

Ntahpape, mimpi jejalan kat arked di Hong Kong. Yang syoknye siap kna perli ngan kakak ipar. "Owh, adik tak bayar ke keropok tadi. Emm..takpelah, adik first time datang Hong Kong kan?" Hahaha..ape daa mimpi tu. Paling tak logik kena bayar dengan matawang Rupiah. Hallo, Hong Kong guna Rupiah ke?!

Mendung-mendung buat saya kurang cergas hari ni. Tersadai macam buaya yang kelaparan, lama-lama pening dibuatnya. Pelan-pelan awan mendung tadi nampaknya macam nak melimpahkan rahmat kejap lagi. Lepas Asar jap lagi, mau saya tido untuk kesekiankalinya macam baby

Owh...cute nyer saya...hahaha



p/s Haaa...kan dah agak, hujan lebat ni. Tido..tido...

Harapan.AidilFitri.Saya

Raya kali ni tentunya sederhana saja. Ntahlah, makin meningkat umur, makin hilang mood raya. Yang seronoknya hanya bila berkumpul sesama ahli keluarga. Tapi malas pulak nak ke sana ke mari menziarah keluarga yang kadang-kadang langsung tak kenal. Kalau setakat sepupu abah mak, merambat jugaklah kaki ni. Tapi bila dah masuk dua pupu abah atau mak, mulalah rasa malas nak ikut ziarah.

Rancangan TV plak selalu je mengutik hati untuk tercongok depan tu lama-lama. Kadang-kadang bila difikirkan, inilah agenda konco-konco yang sengaja melengahkan kita untuk menguatkan silaturahim sesama ahli keluarga. Habis tu, asyik mengadap TV je, bila nak g ziarah. Tapi tu la, bila diikutkan hati yang malas, termakan jugaklah dengan agenda dorang.

Tiada apa yang nak diharapkan sangat untuk raya kali ni. Memadailah dapat berkumpul dengan mbah, siwo, bibik, paman, dan sepupu-sepupu yang lain. Duit raya? Huh, untung sangatlah kalau boleh dapat. Umur macam ni bukan boleh dapat duit raya, bagi duit raya adalah! Walaupun kerap je saudara-mara abah mak yang fikir saya masih study, tapi tak sampailah nak bagi duit raya. Kalau bagi pun, bila dikumpulkan tak sampai pun saploh hengget...hee.

Baju raya tahun ni dua pasang je lah. Tu pun dikira baju kje gak. Yang satu tu kurung moden, bahan bajunya saya beli semasa kenduri Aleen hujung tahun lepas. Satu lagi tu kurung Pahang, fabrik cotton yang beli secara hutang dengan housemate saya. Opss yelah, patutnya kna langsaikan baki hutang dalam minggu ni. Haiyak..nyaris terlupa!

Tahun ni saya tak beli kuih raya untuk mak saya, tapi saya gantikan dengan benda yang lain. Lagipun bosanlah makan kuih raya. Dalam dua tiga tahun ni, kuih raya dah tak meriah di rumah, tapi digantikan dengan kerepek dan kekacang. Lagi layan la time tengok TV kan? Kuih raya tak lakulah sekarang ni. Baik beli makanan yang orang suka daripada memeriahkan balang kuih dengan sesuatu yang orang dah bosan. Kalaupun tetamu tak suka makan, tapi tuan rumah suka. Jadi tak membazirlah. Hehehe..

Last but not least, nak ziarah ke rumah orang tu. Kalau diizinkan Allah...=]

be.careful.what.you.wish.for

Badan sakit-sakit.

Rasa sengal urat-urat.

Gara-gara jinjing plastik berisi kerepek seberat 5kg pada setiap tangan.

Padan muka, nak sangat sakit supaya dapat MC.

Haa sekarang rasakan!

Kudis.Melarat

Lepas satu..satu isu dibangkitkan. Daripada hanya satu isu yang boleh diselesaikan dengan perbincangan kedua-dua belah pihak, kini melarat ke isu-isu lain yang mengarut. Sekarang timbul pulak isu ladang kelapa sawit dan tenaga kerja dorang di sini. Macam kurap pun ade, sedap sangat menggaru agaknya.

Kurap = Pemikiran dorang
Penggaru = Media dorang

Bapak-bapak di sana memang sentiasa tidak puas hati dengan kita. Sejak dulu dah tertanam sifat dengki pada kita, sebelum pembentukan kita lagi. Hanya kita yang bertamadun ni je yang malas nak layan sifat dengki khianat dorang tu. Dah jadi kudis buta dalam hati bapak-bapak dan ibuk-ibuk di sana, dah tak dapat nak sembuh dah.

Pengotor plak tu. Yekkk..berak pahtu pegang taik sendiri demi untuk lempar kat kita. Kotor pun kotorlah, janji aku puas hati, katanya. Hahaha.. Dah bulan baik camni, xpenat ke berteriak depan 'rumah' kita? Tak haus ke? Owhhh...lupa, kamu tak semestinya Islam. Kan, bapak-bapak ama ibuk-ibuk?

Kalau kita tengok photo dorang yang bikin kecoh tu, kebanyakkannya muka tak siap. Serebeh je.. Rugged tu ibuk-ibuknya. Haii..sedang kamu pun tak betul, ni nak marah-marah negara orang pulak. Bertindaklah secara professional, bukan macam penyangak. Bapak-bapak yang professional tak buat macam tu. Mereka cool je di kantor. Salute ama kamu, bapak-bapak yang professional!

Kalau.Ada.Lebih.Eloklah.Membantu

Sempena bulan baik ni, saya nak mengajak semua berbuat kebajikan.
Sekadar berkongsi info, namun dengan harap ada ruang di hati uols untuk membantu.

Ada sebuah sekolah rendah Islam di Kulim; Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim (SRINPEK) yang memerlukan dana untuk membangunkan bangunan baru demi keselesaan anak-anak yang belajar di situ.
Buat masa sekarang, anak-anak ini belajar di satu premis shoplot yang disewa dan satu bangunan setingkat yang diwakafkan. Kesiankan?
Tapi anak-anak ni cemerlang walaupun terpaksa bersempit dan tak dapat kemudahan yang sempurna.



Depa ni menggunakan kurikulum KBSR sepenuhnya dan ditambah dengan kurikulum ad-Diniah.
So dua-dua anak-anak ni dapat; dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Anak-anak ni menduduki peperiksaan UPSR pada tahun enam dan juga UPSR-I pada tahun lima.
Produk SRINPEK berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah seperti Maktab Mahmud Alor Setar & cawangannya, MRSM & MRSM Ulul-Albab, Sek. Men. Yayasan Khairiyah, SMKA dan SMKAA.

Demi merealisasikan pembangunan bangunan baru, uols boleh membeli/mewakafkan RM30 untuk setiap 1/2kaki persegi.
Atau uols boleh buat sumbangan lain seperti peralatan kelas, bahan-bahan binaan dan lain-lain.
Untuk sumbangan dalam bentuk wang, bolehlah transfer ke Bank Islam Kulim (No. Akaun 02-057-0100-1384-3) atau hantar cek atas nama Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim.


Untuk keterangan lanjut, boleh melayari laman rasmi SRINPEK -bukti saya tak tipu..huhu


up